



- Pada mulanya ia hanya empat negara, kemudian menjadi lima dan tidak lama lagi akan menjadi 11.
- Editor anda sedang berbicara tentang Brics – kumpulan ekonomi dunia terdiri daripada Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan yang dibentuk oleh penambahan Afrika Selatan kepada Bric pendahulunya pada 2010, yang merupakan akronim ekonomi membangun Brazil, Russia, India dan China.
- Ketika itu empat anggota asal tersebut dikenal pasti sebagai negara yang kuasa ekonominya kian meningkat dan digelar sebagai “Bric”, “negara Bric”, “ekonomi Bric”, atau “Empat Negara Besar”.
- Istilah ini dicipta oleh Jim O’Neill, ahli ekonomi global di Goldman Sachs pada 2001 sebagai akronim untuk empat negara yang dikenal pastinya berada di tahap sama dalam pembangunan ekonomi baharu maju.
- Keempat negara Bric itu merangkumi lebih 25% keluasan tanah dunia dan 40% penduduk dunia dan mempunyai KDNK pada pariti kuasa beli (PPP) sebanyak AS$20 trilion.
- Pada hampir setiap skala, Bric akan menjadi entiti terbesar di pentas global selain G20 dan PBB sendiri. Empat negara itu adalah antara yang terbesar dan merupakan pasaran baru muncul yang paling pesat berkembang sejak 2011.
- Penubuhan Bric bermula apabila menteri luar empat negara Bric itu bertemu di New York City pada September 2006 ketika menghadiri Perbahasan Umum Perhimpunan PBB.
- Sidang kemuncak rasmi pertama kumpulan itu telah diadakan diYekaterinburg , Russia, pada 16 Jun 2009 – menandakan penubuhan rasmi Bric.
- Tumpuan sidang kemuncak itu adalah untuk memperbaiki keadaan ekonomi global yang ketika itu dilanda kegawatan ekonomi yang disebabkan krisis pinjaman perumahan di AS pada 2008, reformasi institusi kewangan, bagaimana empat negara itu boleh bekerjasama dengan lebih baik pada masa hadapan, dan pelbagai cara negara membangun boleh menjadi lebih terlibat dalam hal ehwal global.
- Selepas sidang kemuncak itu, mereka mengumumkan peri perlunya mewujudkan mata wang rizab global yang “dipelbagaikan, stabil dan mempunyai sifat boleh diramal.”
- Walaupun kenyataan yang dikeluarkan ketika itu tidak langsung mengkritik “penguasaan” dolar AS – sesuatu yang dikritik oleh Russia pada masa lalu – ia mencetuskan kejatuhan nilai dolar berbanding mata wang utama yang lain.

- Pada 2010 Bric menjadi Brics apabila Afrika Selatan menyertai kumpulan itu pada 24 Disember. Matlamat asal Bric ialah penubuhan tatanan dunia multipolar, dan penggantinya Brics mengejar matlamat ini dengan lebih bersemangat.
- Dengan penyertaan Afrika Selatan, Brics menjadi lebih besar merangkumi kira-kira 27% permukaan tanah dunia dan 42% populasi global. Brazil, Russia, India dan China sememangnya antara sepuluh negara terbesar di dunia berdasarkan populasi, keluasan kawasan dan KDNK (PPP), dan tiga negara yang terakhir itu dianggap sebagai kuasa besar terkini.
- Kesemua lima negara itu mempunyai jumlah gabungan KDNK (PPP)sekitar AS$57 trilion (33% KDNK global PPP), dan sekitar AS$4.5 trilion dalam gabungan rizab asing mereka.
- Dalam Sidang Kemuncak Brics ke-15 dianjurkan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Ogos 2023, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa mengumumkan enam negara pasaran baru muncul (Argentina, Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu) telah diundang menyertai Brics. Keahlian penuh mereka akan berkuatkuasa pada 1 Jan 2024.
- Matlamat pengembangan terbaru ini disebut-sebut sebagai sebahagian rancangan membina tatanan dunia multipolar yang memberi penekanan kepada suara-suara lemah dunia Global Selatan demi membawa mereka ke agenda utama dunia.
- Dengan organisasi itu memperoleh enam ahli baharu, adalah menarik untuk melihat bagaimana ia akan menamakan semula dirinya.
- Ia boleh dikenali sebagai Brics Plus atau Brics +, walaupun Editor anda lebih gemar menamakannya Brics-11, dengan implikasi ia adalah satu kuasa yang perlu diperhitungkan.
- Mengapa tidak, kerana Brics-11 akan terus menjadi organisasi besar yang mewakili hampir 40% ekonomi global dengan gabungan KDNK (PPP) sebanyak AS$65 trilion, berbanding 29.9% oleh kumpulan ekonomi maju G7 (Canada, Perancis , Jerman, Italy, Jepun, UK dan AS).
- Kini dengan hanya lima ahli, gabungan KDNK Brics ialah 31.5% KDNK dunia – sudah melebihi 29.9% yang diraih G7.
- Tambahan pula Brics-11 akan menyumbang hampir separuh pengeluaran makanan dunia. Pada 2021, penuaian gandum kumpulan itu adalah 49% jumlah keseluruhan dunia berbanding 19.1% oleh G7.
- Brics-11 juga akan mempunyai kelebihan dari segi pengeluaran logam yang digunakan dalam industri berteknologi tinggi. Semua 11 negara itu akan menyumbang 79% keluaran aluminium global, berbanding hanya 1.3% oleh G7. Untuk paladium, jurangnya adalah 77% untuk Brics-11 berbanding 6.9% untuk G7.
- Brics yang diperluaskan juga akan menyumbang kira-kira 38.3% pengeluaran industri dunia, berbanding 30.5% untuk G7. Namun G7 akan mengekalkan kelebihan eksport, dengan nisbah 28.8% berbanding 23.4% untuk Brics-11.
- Arab Saudi mempunyai ekonomi terbesar di kalangan negara anggota baharu Brics. KDNKnya pada akhir 2022 dianggarkan berjumlah AS$1.1 trilion.

- Sementara itu, UAE akan menjadi tambahan yang menggerunkan kepada blok itu kerana tarafnya sebagai pengeksport utama. Eksport barangannya pada 2022 berjumlah hampir AS$600 bilion.
- Secara keseluruhan, 11 negara Brics itu akan mencakupi 48.5 juta kilometer persegi , mewakili 36% keluasan daratan dunia. Ini adalah lebih dua kali ganda G7. Populasi gabungan akan berjumlah 3.6 bilion, 45% jumlah keseluruhan dunia, lebih empat kali ganda di atas G7.
- Juga, Brics yang diperluaskan dijangka menguasai pasaran tenaga global dengan hampir separuh jumlah pengeluaran minyak dunia – 5 bilion tong daripada 1.6 trilion. Sebagai perbandingan, kumpulan ekonomi terkemuka G7 hanya menguasai 3.9% rizab minyak mentah yang diketahui.
- Walaupun Brics mempunyai ramai peminat berdasarkan lebih 40 negara yang menunjukkan minat untuk menyertainya, terdapat juga ramai pengkritik, terutamanya dari barat yang sebenarnya terbawa-bawa mengetepikan Russia kerana pencerobohannya ke atas Ukraine.
- Antara tajuk berita dalam media arus perdana global yang begitu sinis terhadap Brics ialah “Nasionalisme Bric Bukan Alternatif” dan “Brics kini merupakan krew pelbagai negara yang gagal”.
- Kemudian ada pihak yang cuba menyemai bibit perpecahan dengan tajuk utama seperti “Sidang kemuncak Brics mendedahkan tembok tinggi antara India dan China” dan “Brics – India adalah yang paling rugi”.
- Dan apabila dilaporkan bahawa lebih 40 negara telah menunjukkan minat dan memohon untuk menjadi ahli, penganalisis barat mempunyai masa lapang untuk mempersendakan ketiadaan kriteria rasmi untuk keahlian seperti proses penyertaan yang dimiliki Nato dan EU .
- Kemudian apabila enam ahli baharu diumumkan, lebih banyak soalan yang memuakkan ditimbulkan seperti kenapa Indonesia tidak ditanya? Mengapa Argentina dan bukan Mexico, atau Ethiopia dan bukan Nigeria?
- Tidakkah orang-orang ini pernah mendengar pepatah tentang kesederhanaan yang dikemukakan oleh orang bijak barat sendiri seperti “kesederhanaan adalah kecanggihan muktamad ” (Leonardo da Vinci) atau “alam semula jadi gembira dengan kesederhanaan” (Isaac Newton) atau “idea terhebat adalah yang paling sederhana” (William Golding) atau “penyelesaian paling sederhana hampir selalunya yang terbaik.” (Occam’s Razor)?
- Perluasan keahlian hampir tidak serasi dengan penginstitusian sepenuhnya kerana ia akan menjadi terlalu rumit.
- Lihat sahaja bagaimana Türkiye dan Serbia perlu menunggu bertahun-tahun lamanya menjadi ahli EU apabila pemohon baharu Ukraine kesayangan barat, meskipun terkenal sebagai negara yang rasuah berleluasa nampaknya telah diberi keutamaan dalam proses penyertaan.
- Berdasarkan cara enam ahli baharu Brics dipilih, Fyodor Lukyanov, ketua pengarang Russia in Global Affairs, berkata enam negara itu dan beberapa calon lain dalam gelombang seterusnya, sedang mengembangkan sfera interaksi bukan barat.
- “Ini adalah satu-satunya syarat untuk undangan menjadi ahli – tidak menyertai gabungan tentera dan politik barat. Parameter lain adalah bersyarat.

- Sambil menambah bahawa rangka kerja tegar tidak popular dan kebanyakan negara di dunia mahukan hubungan yang fleksibel dengan skop maksimum agar tidak terlepas peluang, Lukyanov juga berkata:
- “Pendekatan baharu ini boleh diterima Russia. Adalah tidak realistik untuk menjadikan Brics sebagai “pemukul” hegemoni barat. Tetapi adalah dalam kepentingan Russia untuk mengembangkan sfera interaksi dengan memintas Barat dan secara beransur-ansur mewujudkan wadah dan mekanisme yang bersesuaian untuk tujuan tersebut.
- “Malah, ia adalah untuk kepentingan semua orang, kerana hegemoni tidak lagi menghangatkan hati sesiapa, ia hanya menghadkan peluang.”
- Tetapi kejayaan belum terjamin kerana perluasan boleh membawa kepada penambahan automatik negara baharu berdasarkan prinsip formal. Tetapi secara umum, pemisahan lembut antara barat dan bukan barat adalah proses objektif keahlian untuk tahun-tahun mendatang.
- Bukankah ini kemuncak kesederhanaan? Ia akan menjadikan populariti francais Brics berkembang, menandakan munculnya fajar era baharu di mana lebih ramai orang berpeluang menentukan hala tuju kehidupan mereka, dalam negara mereka sendiri yang bebas daripada cengkaman dan campur tangan kuasa besar tunggal dalam dunia unipolar.

- Gagasan perikatan Bric dikatakan bermula dengan berasaskan segitiga strategik Russia-India-China (RIC) yang diilhamkan perdana menteri Russia, Yevgeny Primakov pada 1990-an.
- Pelbagai sumber merujuk kepada perjanjian Bric yang wujud sebelum penciptaan istilah Bric oleh Goldman Sachs pada 2001.
- Beberapa sumber tersebut mendakwa PresidenVladimir Putin adalah penggerak utama di sebalik gabungan kerjasama di kalangan negara Bric yang sedang membangun.
- Sekitar 50 tahun selepas lawatan rahsia Henry Kissinger ke China yang membawa kepada pemulihan hubungan China-AS, lantas menjadi titik perubahan penting dalam Perang Dingin, suara-suara penting kini telah menggesa agar diadakan pelarasan semula mengenai pendekatan AS membendung kebangkitan semula Russia.
- Suara-suara tersebut kini mengusulkan tumpuan pendekatan baharu itu seharusnya ditujukan ke arah usaha mengadu domba Moscow dengan Beijing dalam konteks satu permainan geopolitik agar mudah untuk AS menentang Beijing, musuh sebenarnya.
- Hujah itu dibuat berlandaskan andaian perbezaan antara Russia yang kuasanya kelihatan merosot dan jirannya yang bercita-cita tinggi dan lebih kuat iaitu China.
- Stephen Blank, Felo Kanan di Program Eurasia Institut Penyelidikan Dasar Luar berhujah bahawa “perbezaan yang semakin besar ini … mungkin, pada masa yang sesuai boleh membenarkan [AS] dan sekutunya mengambil kesempatan rasa benci dan penentangan Russia terhadap ditundukkan oleh China.”
- Hujah itu selanjutnya mendakwa kalaulah AS dapat mencari jalan mengapi-apikan kegerunan Russia terhadap China sehingga ke tahap di mana ia mungkin, seperti yang dikatakan oleh Charles A. Kupchan, Felo Kanan di Majlis Hubungan Luar, “meninggalkan perkahwinan yang buruk itu.”
- Lantaran itu, pendekatan AS yang disarankan terhadap hubungan China-Russia bersandarkan andaian Russia membenci kedudukan lemahnya berbanding China yang semakin kuat, dan kebencian itu serta ketidakpercayaan Moscow terhadap niat Beijing boleh dieksploitasi secara menguntungkan.
- Tetapi ini adalah andaian yang salah. Ia benar hanya pada akhir 1950-an hingga 1970-an apabila hubungan China dan Russia sangat buruk.
- Tidak seperti dahulu, hubungan China-Russia kini tidak lagi berhierarki dan tidak memerlukan Russia untuk memberi rasa hormat tanpa persoalan terhadap kehendak China atau sebaliknya.
- Kedua-dua negara itu berjauhan secara ideologi dan kedua-duanya tidak mengharapkan penerimaan pandangan dunia yang sama.
- Paling penting, China dan Russia berusaha keras untuk mengelakkan pergeseran kerana mereka tidak mahu melihat ini dieksploitasi oleh pihak ketiga dan juga kerana mereka memahami betul bahawa mereka ditakdirkan untuk menjadi jiran.

- Sejarah telah mengajar mereka adalah lebih baik untuk menjadi jiran yang baik daripada saling bertengkar.
- Russia menyedari andaian yang salah itu di pihak penggubal dasar di Jabatan Negara dan Majlis Keselamatan Negara AS tetapi melalui maskirovka (penyamaran) Russia terus memperdayakan para penggubal dasar AS dan Eropah untuk mempercayai andaian yang tidak betul itu adalah satu realiti.
- Dan itulah sebabnya ramai penganalisis dan pembuat dasar barat terus percaya, malahan sehingga perang Ukraine meletus pada 2022 dan sehingga hari ini bahawa hubungan China-Russia tidak mempunyai akar yang mendalam dan hanya hasil hubungan peribadi yang amat baik antara Putin dan Xi Jinpeng .
- Apa yang sebenarnya berlaku ialah walaupun beliau menjalin hubungan yang intensif dengan AS dan Barat, Mikhail Gorbachev yang bertanggungjawab mencapai matlamat normalisasi sepenuhnya dengan China pada 1989, yang menjadi salah satu warisannya yang lebih kekal.
- Beliau sedar China adalah jiran Russia yang tidak dapat dielakkan dan hubungan baik dengan China sama pentingnya dengan hubungan baik dengan Barat.
- Gorbachev menggandakan usahanya semasa mendekati China selepas Tiananmen ketika kebanyakan negara Barat mengutuk tindakan keras Beijing terhadap aktivis demokrasi.
- Akibatnya, hari ini terdapat kesepakatan dasar yang luas di Russia tentang keinginan untuk mengekalkan hubungan Sino-Russia pada trajektori yang positif dari segi politik dan ekonomi.
- Kesepakatan yang dirintis Gorbachev itu terus berkembang dalam corak yang umumnya tidak terputus dari Gorbachev kepada Boris Yeltsin kepada Putin, dan dari Deng Xiaoping kepada Jiang Zemin kepada Hu Jintao, dan kemudian kepada Xi yang telah terlepas perhatian ramai penasihat dasar luar AS.
- Lantaran itu, apabila Yevgeny Primakov menjadi Perdana Menteri pada 1999, adalah mudah bagi beliau mengungkapkan apa yang dikenali sebagai “Doktrin Primakov”, yang mempromosikan Russia, China dan India sebagai “segi tiga strategik” untuk mengimbangi AS.
- Langkah itu ditafsirkan oleh beberapa pemerhati sebagai perjanjian untuk bersama-sama menentang ‘revolusi warna’ di Asia Tengah.
- Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah Primakov mendapat penghormatan di dalam dan luar negara, dengan reputasi sebagai penyokong tegar tetapi pragmatik kepentingan Russia dan sebagai penentang perluasan Nato ke bekas blok timur.
- Beliau juga terkenal sebagai penyokong multilateralisme sebagai alternatif kepada hegemoni global AS berikutan kejatuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin.
- Pada 24 Mac 1999, Primakov sedang menuju ke AS untuk lawatan rasmi. Di tengah-tengah Lautan Atlantik, dia diberitahu pasukan gabungan Nato telah mula mengebom Serbia, sekutu rapat.
- Primakov segera mengarahkan pesawat itu berpatah balik kembali ke Moscow dalam gerakan yang digelar sebagai “Gelung Primakov”.

- Keputusannya adalah selari dengan apa yang telah beliau tetapkan untuk dicapai. Pada 1996, sebagai Menteri Luar, beliau telah membentangkan kepada golongan elit Kremlin rancangan untuk membangunkan paksi tiga hala yang strategik antara Russia, India dan China.
- Doktrin multipolariti itu akan menjadi alternatif kepada dunia unipolar yang diterajui AS dalam tempoh pasca Perang Dingin.
- Rakesh Krishnan Simha menulis dalam majalah Modern Diplomacy pada 30 Jun 2015 – empat hari selepas Primakov meninggal dunia – berkata walaupun ia tidak kondusif ketika itu “menjual idea yang radikal seperti menyatukan tiga negara yang berbeza dalam pelukan strategik”, namun ideanya diterima kerana kesederhanaannya, sama seperti kebanyakan idea hebat.
- Dan ini walaupun “Kremlin ketika itu sedang dipenuhi orang-orang yang pro-barat, kebanyakannya dengan kebejatan hingga ke intinya dan menerima gaji dari pelbagai badan pemikir Amerika (baca: agensi pengintip)”.
- Kesederhanaannya terletak pada hakikat bahawa Russia mesti menamatkan dasar luarnya yang tunduk dipandu oleh AS. Kedua, beliau menekankan perlunya memperbaharui hubungan lama dengan India dan terus memupuk persahabatan kejiranan dengan China.
- Primakov juga berhujah troika Russia-India-China (RIC) dalam dunia berbilang pola dapat memberi beberapa perlindungan untuk negara-negara berfikiran bebas yang tidak bersekutu dengan Barat.
- Jika Gorbachev diiktiraf dengan usaha menjalin hubungan rapat dengan China, Primakovlah yang memulakan hubungan rapat dengan India.
- Pada 1998, Primakov melawat India untuk mengutarakan cadangan mewujudkan segitiga strategik RIC.
- Kepimpinan baharu Russia ketika itu di bawah Vladimir Putin telah mengubah era Boris Yeltsin yang hanyut dalam hubungan Russia-India, melalui perjanjian perkongsian strategik utama dan menubuhkan institusi mesyuarat sidang kemuncak tahunan.
- Sekitar 14 tahun selepas Russia meninggalkan sekutu lamanya, orang India mendengar suara mesra yang terpancar dari Moscow. “India adalah nombor satu,” kata Putin, merujuk kepada penyerlahannya di benua kecil India.
- Pastinya, troika strategik itu mengambil masa lama mencapai persetujuan asas. Sebab utama kegagalan mendapat daya tarikan awal ialah pertikaian sempadan India-China, yang telah mencetuskan perlumbaan senjata versi Asia antara kedua-dua gergasi itu.
- Dalam mana-mana perkongsian tiga hala, ahli yang paling lemah – dalam kes ini India – memperoleh prestij dan kuasa di luar kadar kekuatan sebenar.
- Beijing – yang secara tradisinya melihat India sebagai lemah, berpecah belah, pro-Barat dan lebih-lebih lagi sebagai pesaing strategik yang berpotensi – jelas tidak mahu membantu India mencapai status itu.
- Pada mulanya, pemimpin RIC hanya bertemu di luar sidang kemuncak global. “Apabila format itu dimulakan pada 2003, meluaskannya bagi penyertaan Brazil adalah satu cabaran yang boleh diatasi,” tulis Nikolas K. Gvosdev dan Christopher Marsh dalam makalah “Russian Foreign Policy: Interests, Vectors, and Sectors’.

- Pada 2012, bertepatan dengan kejayaan India menguji peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai ke pantai timur China, perbincangan RIC mula giat diadakan.
- Akhirnya, mesyuarat Februari 2015 di Beijing memberikan momentum baharu, dengan China menyokong langkah Russia memasukkan India dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
- Menurut penganalisis dasar Ariel Cohen dari Yayasan Heritage yang berpangkalan di AS, walaupun skopnya sudah luas, Primakov jauh melangkau RIC.
- “Doktrin Primakov digubal terutamanya untuk mencairkan kekuatan dan pengaruh Amerika sambil meningkatkan pengaruh dan kedudukan Russia di Timur Tengah dan Eurasia,” kata Cohen.
- “Primakov telah menunjukkan dirinya sebagai pakar dalam mengeksploitasi sentimen anti-Amerika di kalangan puak Syiah Iran, nasionalis Arab, dan juga golongan elit penggubal dasar luar Perancis.”
- Malah, dia juga menentang golongan pro-perang Amerika (neo-kon) apabila dalam ucapan 2006 dia berkata denga penuh gemuruh: “Keruntuhan dasar AS yang dijalankan di Iraq memberikan tamparan maut terhadap doktrin unilateralisme Amerika.”
- “Setelah menawan lebih banyak negara NATO telah menghampiri sempadan kami, dan ini pastinya membuat kami tidak senang,” tambah Primakov.
- “Lebih-lebih lagi perluasan Nato disertai dengan retorik anti-Russia, serta dasar agresif yang dijalankan oleh AS di bekas republik Soviet.
- “Moscow menganggap semua ini sebagai aktiviti yang ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati di kalangan tertentu di Barat dengan fakta bahawa memulihkan potensi prospeknya yang besar, Russia memperoleh semula statusnya sebagai kuasa besar.
- Beliau juga membidas buku Clash of Civilizations karya Samuel Huntington dengan berkata: Russia tidak akan menerima pembahagian dunia berdasarkan prinsip berkaitan tamadun dan agama, sebaliknya akan meneruskan dasarnya sendiri, sambil “menyejukkan kepala panas yang bukan saja gagal mempelajari kesilapan mereka di Iraq, malahan bersedia mengulangi teknik pertempuran yang merosakkan terhadap rejim yang tidak diingini”.
- Malah, prinsipnya terungkap dalam kata-kata berikut: “Orang yang berbuat baik akan mendapat ganjaran. Bagi yang berbuat jahat, liku-liku kehidupan mereka sendiri yang akan membalas kejahatan mereka.”
- Legasi Primakov telah disimpulkan dengan cara terbaik oleh Menteri Luar Russia Sergei Lavrov: “Saat dia mengambil alih, Kementerian Luar Russia mula menunjukkan transformasi dramatik dalam dasar luar Russia. Russia meninggalkan jalan yang telah disarankan oleh rakan kongsi barat kami selepas runtuhnya Soviet Union dan kami mula membina landasan kami sendiri.”
- Merunjuk kepada kejayaan Brics yang muncul daripada troika RIC, Lavrov berkata barisan negara yang tidak sabar untuk menyertai kumpulan lima anggota itu “terus bertambah panjang”.

- G20 atau Kumpulan 20 ialah forum antara kerajaan terdiri daripada 19 negara berdaulat dan Kesatuan Eropah (EU). Ia merangkumi kebanyakan ekonomi dunia terbesar termasuk kedua-dua negara perindustrian dan membangun.
- Pada sidang kemuncak G20 baru-baru ini di India yang diadakan pada September, Kesatuan Afrika (AU) telah diterima sebagai ahli, menjadikan G20 sebagai G21.
- Selama bertahun-tahun AU hanya setakat “organisasi antarabangsa yang diundang” manakala EU adalah ahli tetap G20 dari hari pertama.
- Ia hanya selepas kejayaan Russia dalam mendekati negara-negara Afrika baru-baru ini (digelar sebagai “serangan menawan” oleh AS dan sekutunya), dan Presidennya Vladimir Putin mengisytiharkan Afrika sebagai enjin pertumbuhan global masa depan, barulah kemasukan AU dalam G20 dapat diterima oleh barat.
- Namun, di sebalik kepelbagaian keahlian ini, kelahiran G20 pada 1999 berlaku dalam “rahim” kumpulan ekonomi maju G7 (Canada, Perancis, Jerman, Italy, Jepun, UK dan AS).
- Juga mengambil kira bahawa 1999 adalah tahun Nato buat kali pertama mengembangkan sayapnya ke timur, maka tidak hairanlah G20 boleh dilihat sebagai tunduk kepada kehendak dunia unipolar yang dipimpin AS dan sekutu baratnya.
- Walaupun isu utama berkaitan dengan ekonomi global seperti kestabilan kewangan antarabangsa, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan mampan sentiasa dibincangkan pada sidang kemuncak G20, ini sentiasa dari perspektif barat yang menguasai pertimbangannya.
- Sidang kemuncak G20 pada Mac 2014 di Brisbane, Australia agak menarik kerana ia merupakan tanda pertama “pemberontakan” negara Selatan Global terhadap dominasi AS dan barat di G20.
- Dalam sidang itu, bekas menteri luar Australia Julie Bishop mencadangkan untuk mengharamkan penyertaan Russia kerana menakluki Crimea.
- Para menteri luar Brics kemudiannya mengingatkan Bishop bahawa “G20 adalah milik semua negara anggota secara sama rata dan tiada satu negara anggota boleh menentukan sifat dan wataknya secara unilateral.”
- Tetapi itu adalah satu pengecualian kepada dominasi barat dalam G20.
- Tahun lalu perang Ukraine menjadi faktor pemecah belah dalam sidang kemuncak G20 yang diadakan di Indonesia dengan AS dan sekutu baratnya mempunyai suara dalam kenyataan akhir di mana Russia dikutuk, walaupun mendapat bantahan Russia dan sekutunya.
- Sebelum sidang kemuncak G20 tahun ini, tuan rumah India mendapat tekanan hebat daripada setiausaha negara AS Anthony Blinken untuk memasukkan kecaman terhadap Russia dalam perang Ukraine sekali lagi dalam kenyataan akhir.
- Blinken juga “mengancam” India jika kutukan terhadap Russia tidak disertakan dalam kenyataan akhir, maka AS enggan memberi persetujuannya untuk sebarang kenyataan dikeluarkan sama sekali, lantas memberi gambaran buruk kepada India sebagai negara tuan rumah kerana buat pertama kalinya, tiada kenyataan dalam sidang kemuncak G20.

- Malah pada sidang kemuncak G7 yang diadakan awal tahun ini sebelum sidang kemuncak G20, India dan Brazil telah diundang hadir dengan tujuan membuat Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden Brazil Lula da Silva bersujud demi mendapatkan persetujuan mereka untuk mengutuk Russia dalam kenyataan akhir.
- Tetapi Modi membelakangkan pemimpin G7 dengan menekankan bahawa kedua-dua G7 dan G20 bukanlah wadah perbincangan perang Ukraine. “Mengapa anda membincangkan perang Ukraine?” Modi membentak para pemimpin G7 termasuk Joe Biden.
- Wadah yang sesuai untuk perbincangan isu tersebut, tegas Modi, adalah Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB, sambil menambah lagi bahawa perang Ukraine adalah untuk Russia dan Ukraine menyelesaikannya sesama mereka dan G20 harus mengambil berat hanya pada aspek kemanusiaan perang itu.
- Bagi Presiden Lula, beliau diberitahu selain bertemu dengan pemimpin G7, mereka juga telah mengatur untuk beliau bertemu secara empat mata dengan Presiden Volodymyr Zelensky dari Ukraine yang juga telah diundang menghadiri sidang G7 itu supaya Modi dapat mendengar mengenai perang Ukraine terus dari mulut Zelensky sendiri.
- Tetapi pada masa yang ditetapkan, Zelensky tidak hadir ke mesyuarat itu selepas Lula menunggu beberapa lama.
- Meluat dengan sikap Zelensky yang dilihat meremehkan pertemuan itu dengan melanggar protokol tanpa sebarang notis awal, Lula meninggalkan mesyuarat G7 tanpa menemui ketua-ketua G7.
- Sedang tarikh sidang kemuncak G20 semakin hampir, kita menyaksikan berlakunya beberapa drama.
- Pertama, Putin mengumumkan beliau tidak akan hadir di Sidang Kemuncak dan akan menghantar Menteri Luarnya Sergey Lavrov untuk mewakilinya.
- Ini telah mencetuskan perbahasan di kalangan media arus perdana global bahawa semuanya tidak baik antara Russia dan India, mungkin pertikaian perdagangan mengenai penggunaan rupee atau perdagangan minyak antara kedua-dua negara di mana diskaun yang ditawarkan Russia tidak lagi besar jumlahnya.
- Sejurus kemudian, giliran China mengumumkan Xi Jinping juga tidak akan menghadiri sidang kemuncak G20, dan akan menghantar Perdana Menterinya Li Qiang untuk mewakilinya, meningkatkan desibel bunyi lebih tinggi dengan munculnya spekulasi mengenai ketiadaan kedua-dua pemimpin itu di G20.
- Walaupun ketiadaan Xi dapat digarap dengan jelas kerana beliau mahu mengelak bertemu Presiden Joe Biden yang dianggapnya seorang yang tidak boleh dipercayai serta biadap kerana kenyataannya yang tidak sopan terhadap Xi, ini tidak menghalang media arus perdana global membuat spekulasi ia ada kena mengena dengan isu pertikaian sempadan antara India dan China, sekali gus membayangkan hubungan antara kedua-dua negara telah merudum.
- Keadaan menjadi riuh rendah apabila media arus perdana global akhirnya bagai mendapat “wahyu” kononnya ketiadaan kedua-dua pemimpin itu adalah kerana penerbitan peta rasmi terbaru China yang menunjukkan sebahagian wilayah Russia dan India berada di bawah kekuasaan China.
- Bagi media arus perdana global ini bermakna perpecahan troika Russia-India-China yang menjadi sumber kekuatan Brics telah berlaku.
- Mengambil isyarat ini dari media, AS dan EU merancang mengambil kesempatan “kekosongan kuasa” disebabkan ketiadaan Xi dan Putin untuk menarik sekutu-sekutu mereka agar berpendirian sama dengan mereka.
- Selain mempengaruhi kenyataan akhir untuk memasukkan kecaman terhadap Russia dalam perang Ukraine, Brussels, menurut Bloomberg, akan “merebut masa ini… untuk menunjukkan ia serius untuk mentakrifkan semula perkongsiannya dengan Afrika, walaupun terdapat legasi kolonialisme yang bermasalah”, lantas akan menyokong Kesatuan Afrika (AU) menjadi ahli tetap kumpulan itu .

- Tetapi masalahnya ialah Russia juga berminat untuk AU menjadi ahli G20, dengan Menteri Luar Sergey Lavrov mengatakan lebih awal lagi pada Jun ia akan berlaku tidak lama lagi, dan “dengan sokongan aktif” Moscow.
- Bagi AS pula, ia akan menggunakan kesempatan itu untuk Biden melancarkan satu siri projek infrastruktur baharu yang bercita-cita tinggi untuk membantu negara-negara miskin melalui “koridor ekonomi” yang dirancang menghubungkan India, Timur Tengah dan Eropah melalui rel dan perkapalan.
- “Ini adalah satu projek besar,” kata Biden, menjenamakannya sebagai Perkongsian untuk Infrastruktur dan Pelaburan Global – respons kepada “Inisiatif Belt and Road” yang telah digunakan China untuk mengembangkan pengaruhnya dengan negara-negara kecil yang memerlukan dolar pelaburan.
- Dengan mengumpul modal awam dan swasta untuk projek ini, Biden dan sekutu AS sedang berusaha untuk mengupas beberapa negara yang lebih lemah dari China, memberi mereka sumber pembiayaan yang tidak menyebabkan mereka terikat dengan Beijing.
- Tetapi perkara yang lucu tentang ini ialah AS terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai “infrastruktur yang rosak”.
- Ia bukan bermakna AS tidak mempunyai dana untuk membina infrastruktur yang baik bagi menggantikan semua infrastruktur yang hampir rosak itu, sebaliknya dana yang ada digunakan untuk membiayai Projek Ukraine dan banyak lagi projek perubahan rejim yang lain.
- Dan wang yang baik kini akan dibuang untuk skim Infrastruktur dan Pelaburan Global ini.
- Juga sistem pendidikannya memerlukan pembaikan yang sangat ketara untuk menghasilkan juruteknik dan jurutera yang lebih mahir.
- Sudah tentu pada masa lalu AS mempunyai semua ini tetapi rasa leka dalam bidang ini telah membolehkan negara-negara seperti China, Russia dan India untuk mengejar dan mencapai kejayaan yang setara.
- Kini AS hanya cemerlang pada tahap terbaik dalam hal kewangan dan perbankan yang canggih, dan itulah sebabnya ia sangat pintar dalam mengenakan sekatan ekonomi dan kewangan ke atas negara lain.
- Tetapi nampaknya pengetahuan mengenai sekatan ini semakin berkurangan seperti yang ditunjukkan oleh kegagalan menyedihkan sekatannya ke atas Russia dan pembongkaran had harga minyak ke atas Russia.
- Ia perlu lebih menumpukan perhatian pada memperoleh pengetahuan tentang cara menghalang sekatannya daripada bumerang terhadap ekonominya sendiri.
- Tetapi akhirnya Troika Russia-India-China bagaikan ketawa sinis. Kenyataan akhir tidak mengandungi kecaman terhadap Russia, dan AU telah diterima sebagai ahli G20, keputusan minimalis yang telah membuat Russia, China dan India sangat gembira.
- Kebanyakan negara G20 yang lain juga sangat gembira dengan kenyataan akhir itu.
- Pengendalian cekap India menjadi tuan rumah G20 dipuji oleh banyak negara kerana dalam keadaan yang sangat sukar dan tertekan ia telah berjaya membuat semua pihak dalam G20 sangat gembira kecuali AS, sekutu baratnya dan media arus perdana global.
- Tetapi apakah yang dapat kita rumuskan daripada beberapa drama yang berlaku sebelum sidang kemuncak G20? Mungkinkah semua ini hasil kejayaan pelaksanaan maskirovka (penyamaran) Russia yang dicampur dengan maskirovka India dan China ?
- Pada pendapat editor anda, pengajaran penting dalam semua ini adalah fakta yang jelas bahawa banyak negara sudah bosan dan letih dengan dasar hitam putih AS dan barat yang terkandung dalam ungkapan “anda sama ada berada dengan kami, atau menentang kami”, dengan implikasi bahawa jika ia adalah menentang kami, ya, bersedialah untuk respons kami selanjutnya.

- Apa yang kebanyakan negara mahukan ialah apabila dua negara sedang berperang, jadilah pendamai untuk menenangkan mereka, tetapi jika anda tidak boleh melakukan ini, maka jangan menghasut negara lain untuk berpihak.
- Negara-negara lain harus mempunyai hak untuk kekal berkecuali iaitu mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pihak yang bertelagah, atau berpihak dengan kemahuan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan dari negara atau blok yang kuat berpengaruh, sama ada secara terang-terangan atau rahsia.
- Ini pada dasarnya adalah apa yang dimaksudkan dengan tatanan dunia berbilang pola.
Baca lebih lanjut mengenai Bric, Brics, Bric-11, Sidang Kemuncak Brics, Doktrin Primakov, Troika Russia-India-China, maskirovka dan Sidang Kemuncak G-20:
Building better global economic Brics
Dollar slides after Russia comments, BRIC summit
Nations eye stable reserve system
ILO head praises BRICS countries’ commitment to social dialogue
China invites South Africa to join BRIC: Xinhua
BRIC Becomes BRICS: Changes on the Geopolitical Chessboard
Expanded BRICS to dominate global energy markets – data
Expanded BRICS will make up nearly 40% of global economy – data
Contrary to Western claims, BRICS has an ideology and here’s what it is
Key BRICS declaration released
BRICS bank may accept five new members
BRICS bank can create ‘honest’ currency anchored to gold – economist
Africans wonder why we use dollars to trade with each other – Mandela’s grandson to RT
UAE reveals BRICS bank-related plans
De-dollarization is good for Africa – BRICS Business Council head
‘A wall of BRICS’: The significance of adding six new members to the bloc
Henry Tugendhat on the Geopolitical Impact of BRICS Expansion
Why the BRICS Summit Could Be a Big Deal
BRIC Nationalism Is No Alternative
Brics is now a motley crew of failing states
CHINA’S STRATEGIC ASSESSMENT OF RUSSIA: MORE COMPLICATED THAN YOU THINK
Primakov: The man who created multipolarity
Russia’s former PM Yevgeny Primakov dies aged 85
Maskirovka: The Hidden Key to Soviet Victory
Maskirovka In The Information Age
How Russia outfoxes its enemies
Maskirovka: Putin’s secret deception campaign against Ukraine explained
EU plans to take advantage of Xi and Putin’s G20 absence – Bloomberg
With Xi and Putin absent, Biden steps into the power void to woo allies at G20
Global South won’t back Kiev as West demands – WSJ

Gagasan perikatan Bric dikatakan bermula dengan berasaskan segitiga strategik Russia-India-China (RIC) yang diilhamkan perdana menteri Russia, Yevgeny Primakov pada 1990-an.
Sekitar 50 tahun selepas lawatan rahsia Henry Kissinger ke China yang membawa kepada pemulihan hubungan China-AS, lantas menjadi titik perubahan penting dalam Perang Dingin, suara-suara penting kini telah menggesa agar diadakan pelarasan semula mengenai pendekatan AS membendung kebangkitan semula Russia.
Suara-suara tersebut kini mengusulkan tumpuan pendekatan baharu itu seharusnya ditujukan ke arah usaha mengadu domba Moscow dengan Beijing dalam konteks satu permainan geopolitik agar mudah untuk AS menentang Beijing, musuh sebenarnya.
Hujah itu dilandaskan kepada perbezaan kuasa yang kelihatan antara Russia yang semakin merosot dan jirannya yang bercita-cita tinggi dan lebih berkuasa, China.
Dengan lain perkataan, pendekatan baharu AS itu bersandarkan kepada andaian bahawa Russia membenci kedudukan rendahnya berbanding China yang semakin berkuasa, dan kebencian serta ketidakpercayaan Moscow terhadap niat Beijing itu boleh dieksploitasikan sebegitu rupa hingga menguntungkan AS.
Tetapi ini adalah andaian yang salah. Ia benar hanya pada akhir 1950-an hingga 1970-an apabila hubungan antara China dan Russia sangat buruk.
Tidak seperti dahulu, hubungan China-Russia kini tidak lagi berhierarki dan tidak memerlukan Russia berada di bawah telunjuk China atau sebaliknya.
Kedua-dua negara berjauhan secara ideologi dan akur bahawa mereka mempunyai pandangan dunia (world view) yang berbeza.
Paling penting, China dan Russia berusaha keras untuk mengelakkan pergeseran kerana mereka tidak mahu melihat ini dieksploitasi oleh pihak ketiga dan juga mereka memahami betul bahawa mereka telah ditakdirkan untuk menjadi jiran.
Sejarah telah mengajar mereka adalah lebih baik untuk menjadi jiran yang baik daripada saling bertengkar.
Russia menyedari andaian yang salah itu di pihak penggubal dasar di Jabatan Negara dan Majlis Keselamatan Negara AS tetapi melalui maskirovka (penyamaran) Russia terus memperdayakan para penggubal dasar AS dan Eropah untuk mempercayai andaian yang tidak betul itu adalah satu realiti.

Dan itulah sebabnya ramai penganalisis dan pembuat dasar barat terus percaya, malahan sehingga perang Ukraine meletus pada 2022 dan sehingga hari ini bahawa hubungan China-Russia tidak mempunyai akar yang mendalam dan hanya hasil hubungan peribadi yang amat baik antara Putin dan Xi Jinpeng.
Apa yang sebenarnya berlaku ialah walaupun beliau menjalin hubungan yang intensif dengan AS dan Barat, Mikhail Gorbachevlah yang bertanggungjawab mencapai matlamat normalisasi sepenuhnya dengan China pada 1989 – salah satu warisannya yang lebih kekal.
Beliau sedar China adalah jiran Russia yang tidak dapat dielakkan dan hubungan baik dengan China sama pentingnya dengan hubungan baik dengan Barat.
Gorbachev menggandakan usahanya semasa mendekati China selepas Tiananmen ketika kebanyakan negara Barat mengutuk tindakan keras Beijing terhadap aktivis demokrasi.
Akibatnya, hari ini terdapat kesepakatan dasar yang luas di Russia tentang keinginan untuk mengekalkan hubungan China-Russia pada trajektori yang positif dari segi politik dan ekonomi.
Kesepakatan yang dirintis Gorbachev itu terus berkembang dalam corak yang umumnya tidak terputus dari Gorbachev kepada Boris Yeltsin kepada Putin, dan dari Deng Xiaoping kepada Jiang Zemin kepada Hu Jintao, dan kemudian kepada Xi yang nampaknya telah terlepas perhatian ramai penasihat dasar luar AS.
Lantaran itu, apabila Yevgeny Primakov menjadi Perdana Menteri pada 1999, adalah mudah bagi beliau mengungkapkan apa yang dikenali sebagai ” Doktrin Primakov “, yang mempromosikan Russia, China dan India sebagai “segi tiga strategik” untuk mengimbangi AS.
Langkah itu ditafsirkan oleh beberapa pemerhati sebagai perjanjian untuk bersama-sama menentang ‘revolusi warna’ di Asia Tengah.
Beliau juga terkenal sebagai penyokong multilateralisme sebagai alternatif kepada hegemoni global AS berikutan kejatuhan Soviet Union dan berakhirnya Perang Dingin.
Rakesh Krishnan Simha menulis dalam majalah Modern Diplomacy pada 30 Jun 2015 – empat hari selepas Primakov meninggal dunia – berkata walaupun ia tidak kondusif ketika itu “menjual idea yang radikal seperti menyatukan tiga negara yang berbeza dalam pelukan strategik”, namun ideanya diterima kerana kesederhanaannya, sama seperti kebanyakan idea hebat.
Kesederhanaannya terletak pada hakikat bahawa Russia mesti menamatkan dasar luarnya yang tunduk dipandu oleh AS. Kedua, beliau menekankan perlunya memperbaharui hubungan lama dengan India dan terus memupuk persahabatan kejiranan dengan China.
Primakov juga berhujah troika Russia-India-China (RIC) dalam dunia berbilang pola dapat memberi beberapa perlindungan untuk negara-negara berfikiran bebas yang tidak bersekutu dengan Barat.
Jika Gorbachev diiktiraf dengan usaha menjalin hubungan rapat dengan China, Primakovlah yang memulakan hubungan rapat dengan India.
Pada 1998, Primakov melawat India untuk mengutarakan cadangan mewujudkan segitiga strategik RIC.
Sekitar 14 tahun selepas Russia meninggalkan sekutu lamanya, orang India mula mendengar suara mesra yang terpancar dari Moscow. “India adalah wahid (nombor satu),” kata Putin, merujuk kepada penyerlahannya di benua kecil India.
Pastinya, troika strategik itu mengambil masa lama mencapai persetujuan asas. Sebab utama kegagalan mendapat daya tarikan awal ialah pertikaian sempadan India-China, yang telah mencetuskan perlumbaan senjata versi Asia antara kedua-dua gergasi itu.
Pada mulanya, pemimpin RIC hanya bertemu di luar sidang kemuncak global. “Apabila format itu dimulakan pada 2003, meluaskannya bagi penyertaan Brazil adalah satu cabaran yang boleh diatasi,” tulis Nikolas K. Gvosdev dan Christopher Marsh dalam makalah “Russian Foreign Policy: Interests, Vectors, and Sectors’.
Akhirnya, mesyuarat Februari 2015 di Beijing memberikan momentum baharu, dengan China menyokong langkah Russia memasukkan India dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Legasi Primakov telah disimpulkan dengan cara terbaik oleh Menteri Luar Russia Sergei Lavrov: “Saat dia mengambil alih, Kementerian Luar Russia mula menunjukkan transformasi dramatik dalam dasar luar Russia. Russia meninggalkan jalan yang telah disarankan oleh rakan kongsi barat kami selepas runtuhnya Soviet Union dan kami mula membina landasan kami sendiri.”
Merujuk kepada kejayaan Brics yang muncul daripada troika RIC, Lavrov berkata barisan negara yang tidak sabar untuk menyertai kumpulan lima anggota itu “terus bertambah panjang”.
Troika RIC dalam Brics juga mungkin berada di belakang transformasi G20 kepada G21 yang lebih relevan.
Dalam sidang kemuncak G20 baru-baru ini di India, Kesatuan Afrika (AU) telah ditambah sebagai ahli, menjadikan G20 sebagai G21.
Selama bertahun-tahun AU hanya setakat “organisasi antarabangsa yang diundang” manakala EU adalah ahli tetap G20 dari hari pertama.
Ia hanya selepas kejayaan Russia dalam mendekati negara-negara Afrika baru-baru ini (digelar sebagai “serangan menawan” oleh AS dan sekutunya), dan Presidennya Vladimir Putin mengisytiharkan Afrika sebagai enjin pertumbuhan global masa depan, barulah kemasukan AU dalam G20 dapat diterima oleh barat.
Tahun lalu perang Ukraine menjadi faktor pemecah belah dalam sidang kemuncak G20 yang diadakan di Indonesia dengan AS dan sekutu baratnya mempunyai suara dalam kenyataan akhir di mana Russia dikutuk, walaupun mendapat bantahan Russia dan sekutunya.
Sebelum sidang kemuncak G20 tahun ini, tuan rumah India mendapat tekanan hebat daripada setiausaha negara AS Anthony Blinken untuk memasukkan kecaman terhadap Russia dalam perang Ukraine sekali lagi dalam kenyataan akhir.
Blinken juga “mengancam” India jika kutukan terhadap Russia tidak diterima dalam kenyataan akhir, maka AS enggan memberi persetujuannya untuk sebarang kenyataan dikeluarkan sama sekali, yang akan memberi gambaran buruk kepada India sebagai negara tuan rumah kerana buat pertama kalinya, tiada kenyataan dalam sidang kemuncak G20.
Malah pada sidang kemuncak G7 yang diadakan awal tahun ini sebelum sidang kemuncak G20, India dan Brazil telah diundang hadir dengan tujuan membuat Perdana Menteri India Narendra Modi dan Presiden Brazil Lula da Silva bersujud demi mendapatkan persetujuan mereka untuk mengutuk Russia dalam kenyataan akhir.
Tetapi Modi membelakangkan pemimpin G7 dengan menekankan bahawa kedua-dua G7 dan G20 bukanlah wadah perbincangan perang Ukraine. “Mengapa anda membincangkan perang Ukraine?” Modi membentak para pemimpin G7 termasuk Joe Biden.
Wadah yang sesuai untuk perbincangan isu tersebut, tegas Modi, adalah Majlis Keselamatan PBB dan Perhimpunan Agung PBB, sambil menambah lagi bahawa perang Ukraine adalah untuk Russia dan Ukraine menyelesaikannya sesama mereka dan G20 harus mengambil berat hanya pada aspek kemanusiaan perang itu.
Bagi Presiden Lula, beliau diberitahu selain bertemu dengan pemimpin G7, mereka juga telah mengatur untuk beliau bertemu secara empat mata dengan Presiden Volodymyr Zelensky dari Ukraine yang juga telah diundang menghadiri sidang G7 itu supaya Modi dapat mendengar mengenai perang Ukraine terus dari mulut Zelensky sendiri.
Tetapi pada masa yang ditetapkan, Zelensky tidak hadir ke mesyuarat itu selepas Lula menunggu beberapa lama.
Meluat dengan sikap Zelensky yang dilihat meremehkan pertemuan itu dengan melanggar protokol tanpa sebarang notis awal, Lula meninggalkan mesyuarat G7 tanpa menemui ketua-ketua G7.
Sedang tarikh sidang kemuncak G20 semakin hampir, kita menyaksikan berlakunya beberapa drama.
Pertama, Putin mengumumkan beliau tidak akan hadir di Sidang Kemuncak dan akan menghantar Menteri Luarnya Sergey Lavrov untuk mewakilinya.
Ini telah mencetuskan perbahasan di kalangan media arus perdana global bahawa semuanya tidak baik antara Russia dan India, mungkin pertikaian perdagangan mengenai penggunaan rupee atau perdagangan minyak antara kedua-dua negara di mana diskaun yang ditawarkan Russia tidak lagi besar jumlahnya.

Sejurus kemudian, giliran China mengumumkan Xi Jinping juga tidak akan menghadiri sidang kemuncak G20, dan akan menghantar Perdana Menterinya Li Qiang untuk mewakilinya, meningkatkan desibel bunyi lebih tinggi dengan munculnya spekulasi mengenai ketiadaan kedua-dua pemimpin itu di G20.
Walaupun ketiadaan Xi dapat digarap dengan jelas kerana beliau mahu mengelak daripada bertemu dengan Presiden Joe Biden yang dianggapnya seorang yang tidak boleh dipercayai serta biadap kerana kenyataannya yang tidak sopan terhadap Xi, ini tidak menghalang media arus perdana global membuat spekulasi ia ada kena mengena dengan isu pertikaian sempadan antara India dan China, sekali gus membayangkan hubungan antara kedua-dua negara telah merudum.
Keadaan menjadi riuh rendah apabila media arus perdana global akhirnya bagai mendapat “wahyu” kononnya ketiadaan kedua-dua pemimpin itu adalah kerana penerbitan peta rasmi terbaru yang menunjukkan sebahagian wilayah Russia dan India berada di bawah kekuasaan China.
Bagi media arus perdana global ini bermakna perpecahan troika Russia-India-China yang menjadi sumber kekuatan Brics.
Mengambil isyarat ini dari media, AS dan EU merancang mengambil kesempatan “kekosongan kuasa” disebabkan ketiadaan Xi dan Putin untuk menarik sekutu-sekutu mereka agar berpendirian sama dengan mereka.
Tetapi akhirnya Troika Russia-India-China bagaikan ketawa sinis kerana kenyataan akhir tidak mengandungi kecaman terhadap Russia, dan AU telah diterima sebagai ahli G20, keputusan minimalis yang telah membuat Russia, China dan India sangat gembira.
Pengendalian cekap India menjadi tuan rumah G20 dipuji oleh banyak negara kerana dalam keadaan yang sangat sukar dan tertekan ia telah berjaya membuat semua pihak dalam G20 sangat gembira kecuali AS, sekutu baratnya dan media arus perdana global.
Tetapi apakah yang dapat kita rumuskan daripada banyak drama yang berlaku sebelum sidang kemuncak G20? Mungkinkah ia hasil kejayaan pelaksanaan maskirovka (penyamaran) Russia yang dicampur dengan maskirovka India dan China?
Pengajaran penting dalam semua ini adalah fakta yang jelas bahawa banyak negara sudah bosan dan letih dengan dasar hitam putih AS dan barat yang terkandung dalam ungkapan “anda sama ada berada dengan kami, atau menentang kami “, dengan implikasi bahawa jika ia adalah menentang kami, ya, bersedialah untuk respons kami selanjutnya.
Apa yang kebanyakan negara mahukan ialah apabila dua negara sedang berperang, jadilah pendamai untuk menenangkan mereka, tetapi jika anda tidak boleh berbuat demikian, maka jangan menghasut negara lain untuk berpihak.
Negara-negara lain harus mempunyai hak untuk kekal berkecuali iaitu mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pihak yang bertelagah, atau berpihak dengan kemahuan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan dari negara atau blok yang kuat pengaruhnya, sama ada secara terang atau rahsia.
Ini pada dasarnya adalah apa yang dimaksudkan dengan dunia berbilang pola.
Salam,
Jamari Mohtar
Editor, Jom Sembang!
* Baca rencana kami yang diterbitkan oleh beberapa portal berita mengenai Nagorno-Karabakh, Brics-11, perang sekatan ke atas Russia dan Inisiatif Bijian Laut Hitam:
https://www.themalaysianinsight.com/s/464613
https://medium.com/@letstalkcmy/nagorno-karabakh-war-games-on-a-chessboard-turned-real-cd8df5e4435a
https://www.khmertimeskh.com/501353891/russia-has-already-won-the-sanctions-war/
https://www.themalaysianinsight.com/s/452383
https://www.thesundaily.my/local/black-sea-grain-initiative-hits-a-snag-BH11259448
https://www.businesstoday.com.my/2023/07/14/the-global-whammy-of-rising-food-inflation/
https://www.malaysiakini.com/letters/672259
https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2023/09/949912/russia-has-already-won-sanctions-war
Catatan terkini
- Vol 3 No 39: The Black Sea Grain Initiative: Another whammy to the global economy [PDF]
- Bil 3 No 39: Inisiatif Bijian Laut Hitam: Satu lagi kejutan kepada ekonomi global? [PDF]
- Vol 3 No 40: Russia’s integrated strategies and tactics paid off in the proxy war with Nato and the West [PDF]
- Bil 3 No 40: Strategi dan taktik bersepadu Russia berhasil dalam perang proksinya dengan Nato dan Barat [PDF]
- Vol 3 No 41: Brics-11 – The dawn of a new era [PDF]
- Vol 3 No 42: Nagorno-Karabakh: War games on a chessboard turned real? [PDF]