• Türkiye ialah negara anggota Nato, sebuah pakatan keselamatan transatlantik yang terdiri daripada tiga puluh satu negara, termasuk AS.
  • Ia adalah negara Nato pertama yang menyediakan Ukraine dengan dron tempur Bayraktar yang sangat dibanggakan semasa peringkat awal perang Ukraine, apabila rakan Nato lain masih teragak-agak tentang bantuan ketenteraan mereka.
  • Türkiye turut menyumbang peralatan termasuk pengangkut tentera berperisai Kirpi dan perisai badan ke Ukraine. Oktober lalu, pembinaan sebuah kapal perang kecil Corvette kelas Ada untuk Ukraine telah dilancarkan di limbungan kapal di Istanbul.
  • Sebagai negara yang diberi tanggungjawab ke atas pintu masuk Laut Hitam, Türkiye menutup selatnya kepada kapal tentera dalam beberapa hari selepas perang bermula, lantas menghalang Moscow daripada mengukuhkan armadanya.
  • Jadi skor ketika itu adalah 2-0 menentang Russia.
  • Keputusan Ankara menutup Selat Bosphorus dan Dardanelles untuk kapal perang Russia juga membantu mencegah ketegangan di Laut Hitam.
  • Tetapi hakikatnya sebelum perang Ukraine, Türkiye mempunyai hubungan sangat baik dengan Russia, dan terus mempunyai hubungan sangat baik sekarang ini.
  • Ia juga enggan mengambil bahagian dalam sekatan terhadap Russia yang diperkenalkan oleh AS dan EU untuk menjadikan ekonomi Russia, dalam kata-kata presiden Suruhanjaya EU, Ursula von der Leyen, “dalam keadaan compang-camping” sebagai permulaan kepada perubahan rejim di Russia.
  • Ini adalah selaras dengan dasar Türkiye yang hanya akan mematuhi sekatan yang diluluskan Majlis Keselamatan Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan lantaran itu, ia terus mengekalkan hubungan ekonomi dengan Russia meskipun Barat membelakangkan Russia.
  • Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan juga telah mengekalkan hubungan yang amat baik dengan rakan sejawatannya dari Russia, Presiden Vladimir Putin.
  • Türkiye telah berhujah bahawa terdapat keperluan untuk sebuah negara Nato untuk kekal berkecuali supaya talian komunikasi antara Russia dengan Nato kekal terbuka semasa perang Ukraine, sekiranya rundingan untuk menamatkan perang diperlukan.
  • Lagipun, semua peperangan ditamatkan melalui rundingan. Ini menjadikan kedudukan 2-2, sangat neutral kepada Russia.
  • Sejak bermulanya perang pada 24 Feb tahun lalu, Ankara telah mengimbangi dengan teliti hubungan dengan kedua-dua pihak dalam peperangan tersebut.
  • Kebijaksanaannya dalam mengharungi liku-liku diplomasi yang penuh risiko telah meletakkan Türkiye dan Erdogan dalam kedudukan yang amat baik.
  • Ini terbukti apabila kedua-dua pihak yang berperang – Russia dan Ukraine – bersetuju untuk Türkiye menjadi orang tengah dalam rundingan damai pada Mac 2020, hanya kira-kira sebulan selepas perang bermula kerana kepercayaan penuh mereka kepada Erdogan.
  • Rundingan damai di Istanbul ini sepatutnya berupaya menamatkan perang kerana presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kelihatan bersedia untuk keamanan, tetapi pada saat Moscow dan Kyiv hampir mencapai persetujuan, bekas perdana menteri Britain Boris Johnson melawat Kyiv dan mensabotaj perjanjian damai itu.
  • Bercakap kepada majalah Newsweek pada September, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov berkata prospek keamanan antara Russia dan Ukraine telah “jelas sekali menakutkan Amerika dan Britain, jadi mereka sebenarnya melarang Ukraine untuk mengadakan dialog lanjut dengan Rusia”.
  • Ini merujuk kepada pendedahan pada masa itu oleh media pro-pemerintah di Kyiv bahawa Boris Johnson telah membawa mesej sedemikian kepada Zelensky dalam lawatan jahatnya itu ke Kyiv.
  • “Ia secara objektif tidak mungkin untuk kami mengekalkan komunikasi biasa dengan Washington” selepas AS mengisytiharkan “kekalahan strategik Russia” sebagai matlamat dasarnya, Lavrov memberitahu Newsweek ketika itu.
  • Sekiranya perjanjian damai itu menjadi kenyataan ketika itu, bukan sahaja Russia dan Ukraine, malahan dunia juga akan terhutang budi kepada Türkiye dan Erdogan kerana menghapuskan penderitaan di seluruh dunia akibat perang Ukraine.
  • Jadi Boris Johnson benar-benar merugikan dunia dengan tindakannya itu memperpanjangkan perang dan beliau seharusnya dikutuk oleh semua orang yang cintakan keamanan di dunia.
  • Terdapat satu lagi perkara penting kepada dunia yang dilakukan oleh Erdogan. Bersama-sama dengan PBB, Türkiye menjadi broker kepada usaha Inisiatif Bijian Laut Hitam untuk memperkenalkan semula eksport makanan dan baja penting dari Ukraine ke seluruh dunia.
  • Berikutan perang Ukraine pada Feb 2022, bergunung-gunung bijirin telah terkumpul dalam silo kilang Ukraine, dengan tiada kapal untuk memastikan laluan selamat untuk ke dan dari pelabuhan Ukraine bagi tujuan eksport.
  • Manakala laluan darat juga mengalami nasib yang sama.
  • Ini menyebabkan lonjakan harga makanan ruji di seluruh dunia. Dengan juga peningkatan kos tenaga, negara-negara membangun berada di ambang kemungkiran hutang dan semakin ramai orang mendapati diri mereka berada di ambang kebuluran.
  • Pada 22 Julai, PBB, Türkiye, Persekutuan Russia dan Ukraine bersetuju denganInisiatif Bijian Laut Hitam, dalam satu majlis menandatangani perjanjian tersebut di Istanbul.
  • Perjanjian itu membolehkan eksport bijirin, bahan makanan lain dan baja dari Ukraine, termasuk ammonia, diteruskan melalui koridor kemanusiaan maritim yang selamat dari tiga pelabuhan utama Ukraine: Chornomorsk, Odesa, dan Yuzhny/Pivdennyi, ke seluruh dunia.
  • Untuk melaksanakan perjanjian itu, Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) telah ditubuhkan di Istanbul, terdiri daripada wakil kanan dari tiga negara itu dan PBB.
  • Menurut prosedur yang dikeluarkan oleh JCC, kapal yang ingin mengambil bahagian dalam Inisiatif itu akan menjalani pemeriksaan di Istanbul untuk memastikan ia tiada kargo, kemudian belayar melalui koridor kemanusiaan maritim ke pelabuhan Ukraine untuk memuat punggah.
  • Koridor tersebut ditubuhkan JCC dan dipantau 24/7 demi memastikan laluan selamat kapal. Kapal dalam perjalanan pulang juga akan diperiksa di kawasan pemeriksaan di Istanbul.
  • Shipments monitored by the Initiative began leaving from August 1. By the end of the month, over 100 ships, laden with more than one million tonnes of grain and other foodstuffs, had left Ukraine.
  • Penghantaran yang dipantau JCC mula berlepas dari 1 Ogos. Menjelang akhir bulan, lebih 100 kapal, sarat dengan lebih satu juta tan bijirin dan bahan makanan lain, telah meninggalkan Ukraine.
  • Menjelang pertengahan September JCC melaporkan bahawa kira-kira tiga juta tan telah meninggalkan Ukraine, menandakan kemajuan positif. Diharapkan, akhirnya, sehingga lima juta tan metrik akan dieksport setiap bulan.
  • Menurut perangkaan PBB, sehingga pertengahan September muatan kargo terdiri daripada 51% jagung, 25% gandum, 11% produk bunga matahari, 6% biji sesawi, 5% barli, 1% kacang soya, dan 1% bahan makanan lain.
  • Terdapat tanda-tanda kukuh bahawa Inisiatif tersebut berjaya dalam salah satu matlamat utamanya – menurunkan harga makanan.
  • Dalam satu taklimat akhbar pada September 2022,Rebeca Grynspan, Setiausaha Agung Persidangan PBB mengenai Perdagangan dan Pembangunan dan Amir Abdulla, Penyelaras PBB untuk Inisiatif Bijian Laut Hitam mengalu-alukan fakta harga telah turun lima bulan berturut-turut: Indeks Harga Makanan telah menurun hampir 14% daripada kemuncaknya pada Mac 2022.
  • Abdulla pula menjelaskan kejatuhan harga bermakna mereka yang menyorok timbunan bijirin, dengan harapan untuk menjual kelak pada keuntungan yang lebih besar, kini menjual, yang bermakna kini terdapat lebih banyak bekalan makanan di pasaran, yang boleh membawa kepada penurunan harga lagi.
  • Grynspan, yang juga penyelaras Pasukan Petugas Sedunia PBB yang ditubuhkan untuk membantu negara-negara menangani kejutan ekonomi tiga kali ganda yang diburukkan oleh kesan perang di Ukraine, menjelaskan bahawa Inisiatif tersebut telah membuat perubahan besar dalam krisis kos sara hidup global.
  • Di peringkat global, satu rekod 345 juta orang di lebih 80 negara sedang menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk, manakala sehingga 50 juta orang di 45 negara berisiko mengalami kebuluran tanpa sokongan kemanusiaan.
  • Pada bulan Ogos, Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia PBBDavid Beasley mengisytiharkan membuka Pelabuhan Laut Hitam sebagai “satu-satunya perkara paling penting yang boleh kita lakukan sekarang untuk membantu mereka yang kelaparan di dunia”.
  • Namun, beliau memberi amaran, walaupun ini tidak akan dengan sendirinya menghentikan kelaparan dunia, membawa semula bijirin Ukraine ke pasaran global akan meningkatkan peluang untuk menghalangkrisis makanan global daripada menjadi kian buruk.
  • Tetapi Russia telah mengeluh hakikat bahawa Inisiatif itu tidak benar-benar membantu negara miskin, kerana sebahagian besar penghantaran (73%) adalah untuk negara berpendapatan sederhana atas dan negara berpendapatan tinggi (Lihat Rajah di bawah).
  • Russia juga telah mengkritik perjanjian itu kerana satu lagi bahagian perjanjian di mana penghantaran bijirin dan baja Russia akan diberi pertimbangan yang sama seperti Ukraine tanpa sebarang halangan tidak dipatuhi oleh negara-negara Eropah.
  • Pada 29 Okt, Russia menggantung penyertaan dalam Inisiatif Bijian Laut Hitam kerana serangan dron oleh Ukraine ke atas Armada Laut Hitam Rusia berhampiran Sevastopol di Semenanjung Crimea, dan dan mendakwa bahawa “pakar” tentera laut British telah membantu menyelaraskan serangan “pengganas” itu.
  • Walaupun Russia berbuat demikian, Türkiye, yang telah membantu menyelaraskan perjanjian itu, kekalkomited dengannya.
  • “Walaupun Rusia berkelakuan teragak-agak kerana ia tidak menerima faedah yang sama, kami akan meneruskan usaha kami untuk berkhidmat kepada manusia,” kata Erdogan.
  • Menteri Pertahanan Turki Hulusi Akar memberitahu rakan sejawatannya dari Russia Sergey Shoigu bahawa Moscow harus menilai semula penggantungan penyertaannya.
  • Dalam panggilan telefon antara kedua-dua menteri, Akar memberitahu Shoigu adalah amat penting untuk perjanjian bijirin itu diteruskan, dan menambah ia harus dilaksanakan secara berasingan daripada konflik di Ukraine, kata kementerian pertahanan Türkiye.
  • Namun, apa yang penting ialah selepas empat hari diplomasi telefon antara Erdogan dengan Putin, yang juga melibatkan para pegawai lain di kedua-dua pihak, Moscow mengumumkan pada 2 Novemberia menyertai semula pakatan yang asalnya diusahakan oleh Türkiye dan PBB.
  • “Dia [Putin] tidak bersetuju untuk membuka koridor bijirin ini melalui orang lain. Tetapi dengan saya, apabila saya menghubungi … terus dia membuka koridor bijirin,” kata Erdogan.
  • Bayangkan jika ini Biden atau Blinken atau Ursula von der Leyen atau Joseph Borrell yang memanggil Putin, pemimpin Russia itu pasti tidak akan mengangkat telefon.
  • Ia menunjukkan bagaimana para pemimpin AS dan EU telah kehilangan kemahiran diplomasi mereka dan menjadi pemimpin yang tidak berguna dalam hal diplomasi kerana sikap tegar mereka dalam perang yang enggan untuk membenarkan rundingan damai berlaku untuk menamatkan Perang Ukraine.
  • Adalah amat penting bagi pemimpin dunia terutamanya negara kuasa besar seperti AS untuk mempunyai kemahiran diplomasi yang terbaik supaya talian komunikasi tetap terbuka dengan pemimpin negara yang telah menunjukkan permusuhan terhadap mereka supaya peperangan atau permusuhan dapat dirunding atau ditamatkan.
  • Kemahiran Erdogan dalam diplomasi sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila pada Mac, Moscow bersetuju untuk melanjutkan perjanjian Bijiran Laut Hitam hanya selama 60 hari lagi sehingga 18 Mei dan bukannya 120 hari melainkan senarai tuntutan mengenai eksport pertaniannya sendiri telah dipenuhi.
  • Menjelang 18 Mei, dunia berada dalam kebimbangan untuk melihat sama ada Russia akan melanjutkan perjanjian itu selepas 18 Mei.
  • Sekali lagi, Erdogan yang melangkah masuk dengan diplomasi telefon dengan Putin, dan mengumumkan pada 17 Mei Perjanjian Bijirin Laut Hitam telah dilanjutkan selama dua bulan lagi, sehari sebelum Russia boleh keluar dari perjanjian itu kerana halangan kepada eksport bijirin dan bajanya.
  • “Perjanjian koridor bijirin Laut Hitam telah dilanjutkan selama dua bulan dengan usaha Turki,” kata Erdogan dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen, sambil turut mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Russia dan Ukraine serta setiausaha agung PBB Antonio Guterres atas bantuan mereka.
  • Komen Erdogan yang dibuat dalam ucapan kepada pegawai Parti AK yang memerintah, dibuat selepas kapal terakhir meninggalkan pelabuhan Ukraine di bawah perjanjian itu.
  • Dalam satu wawancara dengan CNN pada 19 Mei, Erdogan berkata ini “berlaku kerana hubungan istimewa kami dengan Presiden Putin.”
  • “Barat gagal memimpin dengan pendekatan yang sangat seimbang. Anda memerlukan pendekatan yang seimbang terhadap negara seperti Russia, yang merupakan pendekatan yang lebih beruntung,” katanya.
  • Beliau juga menambah bahawa Türkiye “tidak berada pada tahap di mana kami akan mengenakan sekatan ke atas Russia seperti yang dilakukan oleh Barat. Kami tidak terikat dengan sekatan Barat,” kata Erdogan kepada CNN. “Kami adalah negara yang kuat dan kami mempunyai hubungan positif dengan Russia.”
  • “Russia dan Turki memerlukan satu sama lain dalam setiap bidang yang mungkin,” kata Erdogan.
  • Tindakan pengimbangan Türkiye dengan tidak memihak dalam perang Ukraine adalah contoh terbaik bagaimana sesebuah negara harus bertindak dalam dunia multipolar.
  • Pada 20 Sep, dalam satu temu bual dengan saluran berita PBS, Presiden Erdogan berkata penyelesaian dalam konflik Ukraine akan memerlukan Russia mengembalikan semula kepada Ukraine semua tanah yang “diceroboh”.
  • “Jika keamanan akan diwujudkan di Ukraine, sudah tentu, pengembalian tanah yang diceroboh akan menjadi sangat penting. Inilah yang diharapkan. Ini yang dikehendaki,” katanya.
  • Menambah bahawa “tiada pencerobohan boleh dibenarkan,” tetapi mengakui bahawa pada masa yang sama, “sebelum pecah konflik ini, banyak perkara telah berlaku, penyelesaian oleh itu tidak akan ditemui dalam “orang yang berada dalam satu pihak sepenuhnya dan mempertahankan yang lain,” kata Erdogan.
  • “Kami tidak akan mempertahankan seorang pemimpin. Tetapi, sebaliknya, kita perlu mencari kesimpulan yang akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat,” tegasnya.
  • Pada permulaan perang, Türkiye adalah yang pertama menyumbang senjata dan peralatan ke Ukraine, selaras dengan tanggungjawabnya sebagai negara anggota Nato, dan juga hubungan dua hala yang baik dengan Ukraine sejak sebelum perang.
  • Selain itu, ia dengan segera menutup Selat Bosphorus dan Dardanelles kepada kapal tentera dalam beberapa hari selepas permulaan perang, bukan untuk menghalang Moscow daripada mengukuhkan armadanya, sebaliknya untuk mengelakkan ketegangan di Laut Hitam.
  • Ia enggan sehingga hari ini untuk mengambil bahagian dalam sekatan terhadap Russia kerana kepercayaannya bahawa satu-satunya sekatan yang sah yang akan dipatuhi oleh Türkiye ialah sekatan yang dimandatkan oleh Majlis Keselamatan PBB, dan bukannya yang dimandatkan oleh AS atau EU.
  • Erdogan seolah-olah memahami bahawa sekatan yang semata-mata berasaskan kepada merosakkan ekonomi sesebuah negara supaya revolusi warna boleh berlaku yang akan membuka jalan kepada perubahan rejim adalah sekatan yang tidak demokratik dan tidak adil yang bukan sahaja akan menyebabkan rakyat negara berkenaan menderita tetapi juga akan menjadi bumerang pada negara yang memulakan dan mengambil bahagian dalam sekatan itu.
  • Dalam melakukan semua ini, kita dapat melihat bahawa Erdogan hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin – menjaga kepentingan Türkiye supaya kesejahteraan setiap rakyat Turki terjamin.
  • Dan beliau tidak melakukan semua ini dengan menganiayakan negara lain. Malah, kepentingan manusiawi menjadi pertimbangannya apabila beliau dmemulakan Inisiatif Bijian Laut Hitam dengan PBB, dan memainkan peranan pengantara untuk menamatkan perang Ukraine.
  • Walaupun AS telah merancang untuk menjatuhkannya berdasarkan video yang muncul semula baru-baru ini di mana presiden AS Joe Biden telah memperincikan apa yang kelihatan seperti “buku panduan” untuk perubahan rejim di Turki melalui proses pilihan raya, seawal akhir tahun lepas, Ankara dipilih sebagai tempat ketua perkhidmatan perisikan asing Amerika dan Russia – Bill Burns dari CIA dan Sergey Nariskin dari SVR – untuk membincangkan “ancaman terhadap keselamatan antarabangsa, bermula dengan penggunaan senjata nuklear”, kata pejabat Erdogan ketika itu.
  • Tetapi anehnya kita melihat AS dan sekutu baratnya bersungguh-sungguh untuk melihat Erdogan tewas daripada mengiktiraf peranan berguna dan neutral yang telah dimainkan oleh Türkiye selama ini.
  • Umpamanya beberapa minggu sebelum pilihan raya pada 14 Mei, media arus perdana AS dan barat ternyata dengan kekuatan penuh pengaruhnya telah semacam campur tangan dalam pilihan raya dengan menyiarkan artikel anti-Erdogan, yang lebih kurang kelihatan seperti pelaksanaan “buku panduan” Joe Biden mengenai perubahan rejim di Türkiye melalui proses pilihan raya.
  • Khususnya, artikel muka depan majalah yang berpangkalan di London, Economist, dengan gambar muka depan pin yang bertulis “Selamatkan Demokrasi” dan “Erdogan Mesti Pergi” jelasnya adalah anti-Erdogan.
  • Selama beberapa minggu sebelum pilihan raya, tinjauan pendapat Barat yang dimanipulasi untuk menunjukkan ketua pembangkang Kemal Kilicdaroglu akan memenangi pilihan raya dihebohkan di seluruh Türkiye dan dunia.
  • Pandangan penganalisis AS dan barat yang meramalkan dua gempa bumi kuat yang melanda selatan Türkiye pada Februari, mengorbankan lebih 50,000 orang, akan menjejaskan peluang Erdogan untuk dipilih semula pada 14 Mei semakin ketara apabila tarikh pilihan raya semakin hampir.
  • Tetapi selepas pilihan raya, perangkaan menunjukkan daripada 11 wilayah yang terjejas oleh gempa bumi, Erdogan dan Parti AKnya mendahului di lapan wilayah dalam kedua-dua pilihan raya presiden dan parlimen, manakala Kilicdaroglu dari Perikatan Negara yang juga pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP) berada di hadapan hanya di dua wilayah gempa bumi.
  • Tanpa campur tangan dari media AS dan barat ini, Erdogan akan dengan mudah memenangi pilihan raya tanpa perlu diadakan pusingan kedua pilihan raya penentu pada 28 Mei. Anehnya AS dan sekutunya bersungguh-sungguh dalam merancang kejatuhan walaupun sekutunya sendiri, Erdogan.
  • Malah, menurut Alexander Mercouris dari Duran, sebuah saluran berita bebas, campur tangan ini terutamanya artikel muka depan majalah Economist dan gambar-gambarnya mempunyai kesan yang bertentangan: merangsang penduduk Turki untuk keluar beramai-ramai mengundi untuk Erdogan, yang memberikannya sedikit pendahuluan dalam memenangi pusingan pertama pilihan raya pada 14 Mei.
  • Kini kebanyakan penganalisis termasuk dari AS dan barat meramalkan kemenangan mudah untuk Erdogan dalam pusingan penentuan pada 28 Mei.
  • Tetapi bolehkah kita benar-benar percaya dan memandang rendah pihak neo-con dalam pentadbiran Biden dan sekutu mereka di Eropah untuk mudah menyerah sahaja tanpa berusaha sedaya upaya untuk menjatuhkan Erdogan?
  • Hanya masa akan menentukan.

Dalam era moden ini, dunia tidak pernah menyaksikan keunipolaran sehinggalah tamatnya Perang Dingin apabila peristiwa mengejut keruntuhan negara Soviet Union pada 1991 terjadi kerana faktor dalaman.

Jikapun keunipolaran wujud, ia hanya berlaku pada zaman purba di mana orang Parsi (Empayar Achaemenid) menjadi kuasa besar diikuti secara berurutan oleh orang Yunani (Empayar Macedonia), kemudian Rom dan seterusnya orang Islam (Khilafah Islam).

Sekiranya kita menyingkap kembali sejarah moden di era Khilafah Uthmaniyyah sebelum berada di puncaknya pada abad ke-16 di mana sebahagian besar Asia dan Eropah berada di bawah pemerintahannya, Khilafah Uthmaniyyah ketika itu terpaksa berdepan dengan dua saingannya yang terdekat – Dinasti Safavid di Parsi (Iran hari ini) dan Empayar Mughal di India.

Malah, semasa zaman kegemilangan penjajahan pada abad ke-18 di mana Eropah menguasai dunia, kuasa besar ketika itu – Empayar British – sering dikekang dan diimbangi oleh Perancis; dan British dan Perancis pula dihalang dan diimbangi oleh Empayar Austria-Hungary

Menjelang awal abad ke-20, Empayar British terpaksa bersemuka dua kali dengan satu lagi kuasa besar, Jerman, yang kemudiannya membawa kepada dua peperangan dunia – Perang Dunia I (1914-1918) dan Perang Dunia II (1939-1945).

Daripada kemusnahan teruk Perang Dunia II (WWII), lahirlah Pax Americana – satu istilah yang digunakan secara meluas selepas WWII apabila AS menumpaskan tentera Nazi, lantas mencetuskan satu tempoh keamanan di dunia Barat. Pax Americana turut menyaksikan dominasi ketenteraan dan ekonomi AS.

Namun, ini bukanlah keunipolaran, kerana hegemoni AS ketika itu dikekang dan diimbangi oleh kuasa besar baru, Soviet Union, yang kemudian membawa kepada rundingan Perang Dingin atau détente, lantas mewujudkan dunia dwipolar.

Satu konsep yang berkaitan dengan détente ialah konsep keseimbangan kuasa, di mana negara-negara dapat menjamin penakatan mereka dengan mencegah SATU negara dari memperoleh cukup kekuatan tentera untuk mendominasi yang lainnya.

Jika sebuah negara menjadi jauh lebih kuat, teori ini meramalkan ia akan mengambil kesempatan terhadap jiran-jirannya yang lebih lemah, sehingga mendorong mereka untuk bersatu dalam sebuah pakatan pertahanan.

Beberapa realis berpendapat sistem keseimbangan kuasa lebih stabil berbanding sistem sebuah negara dominan (keunipolaran), kerana pencerobohan tidak akan menguntungkan sesiapa ketika terdapat keseimbangan kekuatan di antara pakatan ketenteraan yang bersaingan.

Namun, pada hari ini, prinsip tersebut telah disangkal oleh ramai penganalisis. Malah rujukan kepadanya oleh para sejarawan dan peguam antarabangsa memberi implikasi bahawa ia merupakan satu sistem peperangan yang sering gagal, atau sistem untuk memulakan perang yang sering berhasil dalam tujuannya.

Namun, prinsip ini tidak harus dinilai semata-mata sebagai satu sistem peperangan ataupun sistem memulakan perang melainkan dinilai dalam hal kegunaannya dalam mencegah terjadinya perang dunia, dan bukan hanya perang biasa.

Ia memakan masa 21 tahun setelah Perang Dunia I untuk terjadinya Perang Dunia II, tetapi hingga saat ini, iaitu 78 tahun setelah Perang Dunia II, Perang Dunia III masih belum berlaku.

Tidak diragukan lagi hal ini boleh membuat kita berasa amat bimbang dan gelabah karena dengan adanya senjata nuklear sekarang ini berarti ancaman berlakunya Perang Dunia III dengan segala kemusnahan yang mengerikan senantiasa wujud dan nampaknya terlalu dekat.

Lantaran itu, prinsip keseimbangan kuasa dan détente pasti telah memainkan peranan dalam mencegah Perang Dunia III selama ini.

Sementara itu, adalah tidak tepat untuk menyebut tempoh setelah 1945 sebagai Pax (bahasa Latin untuk keamanan) Americana. Ia hanya Pax Americana semata-mata di AS dan Eropah sahaja di mana wujud keamanan di situ.

Di bahagian lain dunia, keamanan bagaikan satu komoditi yang sukar didapati, bermula dengan konflik Arab-Israel pada 1948 yang masih berterusan sekarang ini, hasil hasutan dan tipu daya gerakan Zionis; Perancis dengan Britain melalui Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour; dan kemudian dengan campur tangan AS dan Soviet Union.

Perjanjian Sykes-Picot adalah perjanjian rahsia pada 1916 antara UK dan Perancis, dengan persetujuan dari Empayar Russia dan Kerajaan Italy, untuk menentukan pengaruh dan kawalan mereka di beberapa bahagian Empayar Uthmaniyyah apabila ia runtuh kelak.

Deklarasi Balfour pula adalah kenyataan awam kerajaan British pada 1917 semasa Perang Dunia I mengumumkan sokongan untuk pembentukan “sebuah negara untuk orang Yahudi” di Palestin, yang pada masa itu di bawah kuasa Empayar Uthmaniyyah di mana jumlah penduduk Yahudi adalah minoriti yang kecil.

Ini diikuti oleh:

  • Perang Korea pada 1950-53, hasil hasutan AS dan China;
  • Penggulingan Perdana Menteri Iran, Mossadegh pada 1953 (hasutan AS);
  • Perang Vietnam pada 1955-75 (hasutan Perancis, dan kemudian AS dan Soviet Union);
  • Pencerobohan Afghanistan pada 1979-89 oleh Soviet Union;
  • Perang Iran-Iraq pada 1980-88 (hasutan AS); dan
  • Perang Teluk Pertama di Iraq pada 1990-91 (hasutan AS).

Seseorang tidak boleh dipersalahkan kerana berfikir Pax Americana adalah satu bentuk muslihat antara AS dengan Eropah untuk memindahkan masalah utama geopolitik di zaman penjajahan Eropah ke Asia dan Timur Tengah.

Apa yang akhirnya memusnahkan dunia dwipolar ketika itu bukanlah perang, détente atau keseimbangan kuasa, tetapi kegagalan Soviet Union untuk menguruskan ekonominya yang berteraskan rancangan secara berpusat (centrally planned economy) oleh kerana empayar tersebut telah menjadi terlalu besar untuk ekonominya dikelola, yang pada masa lalu merupakan kesilapan pertama dalam kejatuhan semua empayar.

Firasat mengenai kemunculan tatanan dunia unipolar mula timbul dengan runtuhnya Tembok Berlin pada 1989, ketika seorang neo-kon Amerika, Francis Fukuyama, dengan girang menulis bahawa ia menandakan “akhir sejarah”.

“Apa yang mungkin kita sedang saksikan bukan sahaja tamatnya Perang Dingin, atau berlalunya suatu tempoh tertentu dalam sejarah pasca-perang, malahan ia sebenarnya adalah berakhirnya sejarah itu sendiri: iaitu, titik akhir evolusi ideologi manusia dan pensejagatan demokrasi liberal Barat sebagai bentuk akhir pemerintahan manusia,” kata Fukuyama dalam eseinya itu pada 1989.

Jelas betapa kelirunya Fukuyama kerana sehingga hari ini demokrasi liberal Barat masih belum menjadi norma di banyak bahagian dunia.

Ia hanya memberi alasan kepada Presiden George W Bush pada 2003 untuk menyerang Iraq kononnya untuk menyebarkan demokrasi kepada rakyat Iraq, selain menghukum Saddam Hussain kerana menyimpan senjata pemusnah besar-besaran yang tidak wujud.

Di sinilah terletaknya kredo (kepercayaan) neo-kon – ketuanan demokrasi liberal Barat, dengan perubahan rejim melalui revolusi warna yang juga dikenali sebagai campur tangan dalam urusan negara berdaulat lain.

Dan mereka begitu terpaku dengan ideologi itu sehingga mereka semacam tiada “gear undur” apabila timbul masalah setelah mereka memulakan projek perubahan rejim ini.

Para neo-kon ini bagaikan ditipu oleh ideologi mereka sendiri sehingga gagal menyerap semua pelajaran pahit dan menyakitkan hasil kegagalan usaha mereka menukar rejim yang telah membawa kepada AS dan empayarnya teruk merudum sekarang ini.

Neo-konservatisme (neo-kon) adalah gerakan politik yang bermula di AS pada 1960-an di kalangan puak liberal yang condong kepada peperangan sebagai jalan keluar sesuatu masalah kerana kecewa dengan dasar luar negeri Parti Demokratik yang semakin pasifis, kumpulan baru berhaluan kiri (New Left) dan gerakan budaya kontra (counterculture) pada 1960-an, terutamanya tunjuk perasaan perang Vietnam.

Mereka secara umumnya menggalak penyebaran demokrasi dan campur tangan dalam urusan antarabangsa termasuk keamanan melalui kekuatan, serta pembencian mendalam terhadap komunisme dan radikalisme politik.

Mereka menjadi berpengaruh secara politik semasa pentadbiran presiden Republikan pada 1970-an, 1980-an, 1990-an, dan 2000-an, dengan mencapai kemuncak pengaruh semasa pentadbiran George W. Bush, di mana mereka memainkan peranan penting dalam mempromosi dan merancang pencerobohan ke atas Iraq pada 2002.

Walaupun tidak menganggap diri mereka sebagai neo-kon, para pegawai kanan seperti Naib Presiden Dick Cheney dan Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh para penasihat neo-kon mengenai dasar luar negara, terutamanya mempertahankan Israel dan peningkatan pengaruh Amerika di Timur Tengah.

Dari pencerobohan ke atas Afghanistan pada 2001, Iraq pada 2003, dan gelombang tunjuk perasaan dan protes rakyat ke atas kerajaan yang dinamakan Arab Spring pada 2010-an yang membawa kehancuran Syria dan Libya, hinggalah ke revolusi Maidan di Ukraine pada 2014 dan kegawatan geopilitik terkini di Taiwan, dunia masih belum menikmati keamanan yang berterusan di bawah hegemoni AS.

Dan selaras dengan pelaksanaan dasar liberalisasi ekonomi seperti penswastaan, penyahkawalseliaan (deregulation), globalisasi dan beberapa lagi, kerosakan kepada ekonomi dunia yang dicetuskan puak neo-kons adalah amat dahsyat.

Dasar-dasar ekonomi ini pada hakikatnya adalah sesuatu yang neutral, tetapi ianya digunakan secara berkesan oleh puak neo-kon dalam koridor kekuasaan untuk mengabui matlamat mereka yang sebenar iaitu ketuanan demokrasi liberal Barat, dengan perubahan rejim melalui revolusi warna sebagai intinya.

Baru-baru ini, puak neo-konservatif telah merosakkan dasar-dasar ekonomi ini dengan “mengsenjatakan” dolar AS melalui sekatan “mengejut dan mempersona” (shock and awe) ke atas musuh-musuhnya.

Kita kini sedang menyaksikan reaksinya dalam bentuk kesan bumerang dari sekatan tersebut, dan yang lebih penting, peralihan ke dunia multipolar dengan satu aspek multipolariti yang semakin mendapat perhatian – percubaan dedolarisasi oleh banyak negara.

Ini akan menghakis status cemerlang dolar AS sebagai mata wang rizab dunia dalam masa terdekat.

Dolarisasi (antonim dedolarisasi) melambangkan dominasi AS dalam kewangan global.

Ia bermula pada 1920-an apabila dolar AS mula menggantikan pound sterling sebagai mata wang rizab antarabangsa kerana AS muncul dari Perang Dunia I tanpa banyak terjejas. Mentelah lagi negara itu menerima kemasukan aliran emas yang agak ketara semasa perang.

Setelah AS menjadi kuasa besar yang lebih kuat lagi semasa Perang Dunia II, Persetujuan Bretton Woods pada 1944 telah membentuk sistem kewangan antarabangsa pasca-perang, dengan dolar AS menjadi mata wang rizab utama dunia untuk perdagangan antarabangsa, dan satu-satunya mata wang pasca-perang yang dikaitkan dengan emas pada nilai AS$35 setiap troy auns.

Jabatan Perbendaharaan AS mempunyai pengawasan ketara ke atas rangkaian pemindahan kewangan SWIFT, dan mempunyai pengaruh besar ke atas sistem urusan kewangan global, dengan keupayaan untuk mengenakan sekatan ke atas entiti dan individu asing.

SWIFT merujuk kepada sistem Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Sedunia yang mengendalikan kebanyakan pemindahan wang dan sekuriti antarabangsa.

Ia merupakan rangkaian pesanan yang digunakan secara meluas oleh institusi kewangan untuk menghantar dan menerima maklumat dengan pantas, tepat, dan selamat, seperti arahan pemindahan wang.

Namun perbelanjaan negara yang meningkat pada 1960-an menyebabkan timbulnya keraguan tentang keupayaan AS untuk mengekalkan penukaran emas dengan dolar, mengakibatkan stok emas semakin berkurangan apabila bank-bank dan pelabur antarabangsa mula menukar dolar kepada emas, yang menyebabkan kejatuhan nilai dolar.

Berdepan dengan krisis mata wang dan risiko AS tidak lagi dapat menebus dolar dengan emas, penukaran dolar-emas ini akhirnya dihentikan pada 1971 oleh Presiden Richard Nixon, yang mencetuskan fenomena “Nixon shock”.

“Nixon shock” adalah satu siri tindakan ekonomi yang diambil pada 1971 sebagai reaksi terhadap inflasi yang semakin meningkat, yang paling penting termasuk pembekuan gaji dan harga, caj tambahan ke atas import, dan pembatalan unilateral penukaran langsung dolar AS kepada emas.

Menjelang 1973, rejim sekarang ini yang berasaskan mata wang fiat terapung secara bebas telah menggantikan sistem Bretton Woods.

Satu lagi konsep yang ada kaitan dengan dolarisasi adalah konsep petrodolar di mana semua perdagangan antarabangsa minyak mestilah menggunakan dolar AS.

Teori konspirasi meluas yang menyatakan bahawa Saddam Hussain dan Muamar Gaddafi dibunuh kerana berani menolak petrodolar dengan menjuarai penggunaan dinar sebagai mata wang perdagangan minyak mereka (petrodinar).

Maka itulah, Iraq dan Libya, atas hasutan golongan neo-kon, dihancurkan melalui perubahan rejim dan menjadi negara yang gagal hingga hari ini.

Namun, apabila China dan Russia berani menolak petrodolar dengan menggunakan yuan (petroyuan) dan rouble (petrorouble) dalam perdagangan minyak mereka, AS tidak berdaya untuk menjadikan yuan atau rouble runtuh.

Kehadiran unggul dolar dalam perdagangan, kewangan dan pelaburan global memberikannya kelebihan ketara seperti kos urusan dan risiko kadar pertukaran yang lebih rendah, dan juga keupayaan untuk membiayai defisit dengan kos yang lebih rendah.

Selain itu, dominasi dolar juga disokong oleh saiz dan kekuatan ekonomi AS, pasaran kewangan AS yang mendalam dan cair, serta tanggapan AS sebagai benteng kestabilan.

Namun, dolar AS mempunyai kelemahan tersendiri kerana memberikan AS “keistimewaan yang terlalu besar” untuk mengekalkan defisit akaun semasa yang besar dan mengumpulkan jumlah hutang yang besar, yang boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan dan ketidakstabilan ekonomi dunia.

Dengan kata lain, ini membolehkan AS membelanjakan jumlah wang yang sangat besar dengan mudah untuk menjadi kuat dan sangat kaya seolah-olah tiada hari esok, atas “belas kasihan” semua orang di dunia.

Kebanyakan wang tersebut telah dan akan terus diagihkan kepada kompleks ketenteraan-perindustrian AS dan pembiayaan bagi projek perubahan rejim neo-kon.

Saat penghisaban bagi AS akan tiba apabila hutangnya menjadi amat besar sekali sehingga nasibnya sebagai kuasa besar ekonomi akan lenyap tidak lama lagi.

Dominasi dolar juga menjadikan ekonomi lain rentan terhadap turun naik dasar monetari AS, yang sering mengakibatkan kesan tumpahan yang mungkin tidak sejajar dengan keadaan ekonomi domestik mereka.

Selain itu, negara-negara yang memiliki banyak hutang dalam denominasi dolar mungkin menghadapi kerentanan yang lebih tinggi terhadap turun naik mata wang dan pembalikan arus modal, yang boleh memburukkan lagi risiko krisis kewangan.

Faktor-faktor ini, digabungkan dengan kekuatan ekonomi yang semakin meningkat dari negara-negara pesat membangun serta keinginan mereka untuk menyaksikan seni bina kewangan (financial architecture) yang lebih rencam dan berdaya tahan telah mendorong minat banyak negara untuk meneruskan usaha dedolarisasi.

Dalam beberapa tahun terakhir, beberapa negara dan wilayah telah memulai perjalanan menuju dedolarisasi, didorong oleh kombinasi pertimbangan geopolitik, ekonomi dan strategik.

Pada 2020, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov, menjelaskan bahwa Moscow akan terus melanjutkan “dasarnya yang bertujuan ke arah dedolarisasi bertahap” dan membuat perjanjian dalam mata wang tempatan seberapa mungkin.

Lavrov menyifatkan penolakan terhadap dolar sebagai “respons objektif terhadap ketidakpastian dasar ekonomi AS dan penyalahgunaan Washington terhadap status dolar sebagai mata wang rizab dunia.”

Beliau menegaskan ketika dalam satu siding akhbar pada 26 April, bahwa AS telah membuktikan bahwa mereka tidak berkata benar selama beberapa dekad setelah penghapusan penukaran emas-dolar oleh Nixon apabila mereka berkata: “Jangan bimbang, tanpa dukungan emas, ini bukanlah dolar kami. Ini adalah mata wang global bersama yang akan menjamin berfungsinya semua mekanisme ekonomi global.”

Lavrov seterusnya menegaskan lagi tren meninggalkan penggunaan dolar AS untuk penyelesaian dalam perdagangan antarabangsa dan peralihan ke mata wang domestik adalah tidak dapat diubah lagi. Dedolarisasi sudah bermula dengan tempo tidak begitu pantas, namun pasti semakin laju.

Sedang negara pesat membangun, negara pengeluar minyak di Timur Tengah, bahkan Eropah juga mencoba untuk menginovasi mekanisme pembayaran dan penyelesaian rentas sempadan, menandatangani perjanjian dua hala mata wang, dan menggalakkan kepelbagaian rizab pertukaran asing, Lavrov berkata tempo “dedolarisasi” global semakin pantas.

Diplomat Rusia tersebut juga menyatakan bahwa ada “pertanyaan besar” mengenai apa yang akan terjadi dengan sistem kewangan antarabangsa, “termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia.”

Pada akhir Mac, Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, telah menyarankan penubuhan Tabung Kewangan Asia (AMF) ala IMF untuk mengurangi kebergantungan pada dolar AS.

Beliau membuat saranan itu di forum Boao di Hainan, dengan menekankan peri perlunya mengurangi kebergantungan pada dollar AS atau IMF. IMF pula, di bawah pengaruh AS dan EU, nampaknya sibuk dan terlalu terpaku dengan menampung kewangan rejim Kyiv demi memperpanjang perang Ukraine.

Menurut Anwar, China terbuka untuk berbincang dengan Malaysia tentang penubuhan AMF, di tengah-tengah ketidakpuasan dunia terhadap dominasi dolar AS.

Saranan pemimpin Malaysia itu dibuat hanya beberapa bulan setelah beberapa mantan pegawai di Singapura membincang apa yang seharusnya dilakukan oleh ekonomi di rantau tersebut mengurangi risiko dolar AS yang masih kukuh yang melemahkan mata wang tempatan.

Beberapa penganalisis bimbang sedang negara-negara mengurangi kebergantungan mereka pada dolar AS, penyelarasan dalam komposisi aset rizab global boleh menyebabkan peralihan dalam aliran modal dan perubahan harga aset.

Sekiranya tiada penyelarasan dasar dan pengurusan risiko yang mencukupi, perubahan ini boleh mewujudkan ketidakstabilan kewangan, terutama dalam pasaran baru muncul dan negara yang mempunyai hutang dalam denominasi dollar yang besar.

Lantaran itu, penggubal dasar harus berwaspada dalam memantau dinamik tersebut, lantas mengambil langkah-langkah yang tepat untuk menjaga kestabilan kewangan.

Sementara itu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen, sambil akur akan peranan berkurangan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia kerana Washington menggunakan pengaruhnya ke atas sistem kewangan global untuk mencapai matlamat geopolitiknya melalui sekatan, namun beliau dengan angkuh berkata tiada calon jelas untuk menggantikannya.

Yellen berkata demikian apabila ditanya dalam satu wawancara pada 16 April dengan Fareed Zakaria dari CNN mengenai keberkesanan sekatan anti-Russia dan mengenai rekod Washington dalam apa yang beliau sifatkan sebagai “pensenjataan dolar”.

Yellen akur penggunaan sekatan kewangan “boleh melemahkan hegemoni dolar” dalam jangka panjang, tetapi berjanji Washington menggunakan “alat penting” ini dengan bijaksana dan dengan sokongan sekutunya.

Namun beliau menambah peranan dolar AS adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti saiz pasaran perbendaharaan AS, penggunaannya yang meluas dalam perdagangan antarabangsa, dan “peraturan perundangan” di AS yang tidak dapat ditawarkan oleh negara-negara lain.

“Kami belum melihat negara lain yang mempunyai infrastruktur asas dan infrastruktur institusi yang membolehkan mata wangnya berkhidmat untuk dunia seperti ini,” jelasnya.

Dalam hal ini, beliau kelihatan tidak memahami intipati isu kerana penentang dominasi AS dalam kewangan global tidak semestinya menggesa penggantian dolar dengan mata wang lain yang memainkan peranan yang sama.

Mereka sebenarnya mengutamakan peralihan dari dolar ke mata wang serantau. Ketiadaan mata wang rizab global yang tunggal akan menjadi elemen semulajadi multipolariti, kata penyokong model sedemikian.

Penggunaan sekatan yang belum pernah terjadi sebelumnya oleh Barat terhadap Russia, termasuk larangan perdagangan, rampasan rizab negara dan penafian perkhidmatan kewangan kepada syarikat-syarikat Russia, hanya akan mempercepatkan peralihan ini, menurut pandangan mereka.

“Ini bukan satu kebetulan bahawa perbincangan tentang peralihan kepada mata wang kebangsaan telah digerakkan sekarang,” kata Lavrov pada Februari semasa perbincangan mengenai perdagangan Russia-Brazil. “Tiada siapa yang tahu siapakah yang tidak disenangi presiden AS setelah bangun di sisi katil yang salah.”

Seperti yang dikatakan oleh Alex Christofou dari Duran, sebuah saluran berita bebas, secara berseloroh, “neo-kon ini, mereka hidup, makan, dan bernafas setiap saat dalam hidup mereka dengan perubahan rejim. Mereka bahkan menyirami hidangan mereka dengan rempah ratus revolusi warna yang sangat pedas.”

Dan dalam melakukannya, mereka tidak peduli bahawa mereka menyeret warga dan negara mereka ke dalam keadaan yang buruk.

Dalam edisi-edisi akan datang Jom Sembang!, editor anda akan menyentuh aspek-aspek multipolariti lain yang sedang muncul yang akan mengakhiri dominasi tragis AS sebagai satu-satunya kuasa besar di dunia unipolar ini.

 

Salam,

Jamari Mohtar

Editor, Jom Sembang!

 

*Baca tiga rencana kami yang telah diterbitkan oleh MalaysiaNow pada Mei 10, the Vibes pada Mei 11, dan Malaysiakini pada Mei 18.

https://www.malaysianow.com/opinion/2023/05/10/the-decline-of-the-us-empire

https://www.thevibes.com/articles/opinion/92333/dedollarisation-the-end-of-us-hegemony-in-global-finances-jamari-mohtar

https://www.malaysiakini.com/letters/665643

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading