

BIl 2 No 32 | Oktober 2022

Editor anda, Jamari Mohtar, berpendapat terdapat banyak pro dan kontra dalam mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun ini, begitu juga dengan tahun hadapan; lantaran itu langkah yang bijak adalah dengan membiarkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakup memutuskan sendiri masa sesuai untuk beliau menghadap Yang Di Pertuan Agung bagi menasihati baginda supaya membubarkan Parlimen.
- Pada 1 Okt, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata keengganan Umno untuk berganjak mengadakan pilihan raya tahun ini menunjukkan ia sengaja mengabaikan Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Yang Di-Pertuan Agong kuasa budi bicara berkaitan pilihan raya.
- “Bukankah ini satu penderhakaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong?” tanya ahli parlimen Seremban itu dalam satu kenyataan.
- Memetik Artikel 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Loke berkata ia jelas memberikan Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk tidak membenarkan permintaan untuk membubarkan Parlimen.
- Tiada siapa sebenarnya yang mempertikaikan peruntukan perlembagaan yang disebut oleh Loke itu, justeru amat pelik beliau mengetengahkan isu ini.
- Beliau sebenarnya berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita bahawa Majlis Tertinggi Umno telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dan naib presidennya dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong bagi menasihati beliau membubarkan Parlimen tidak lama lagi.
- Bagi Loke, Majlis Tertinggi Umno telah menetapkan syarat untuk Raja dan mengabaikan kuasa budi bicara perlembagaan Raja.
- Ini adalah satu keterlaluan dalam menyifatkan langkah Umno sebagai derhaka apabila parti itu semata-mata hanya mahukan satu muafakat di kalangan para pemimpin kanannya mengenai tarikh mengadakan PRU15.
- Oleh kerana pembubaran Parlimen adalah satu kemestian sebelum pilihan raya boleh diadakan, Perdana Menteri perlu menghadap Raja untuk mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan badan perundangan itu.
- Dalam mana-mana demokrasi berparlimen, Perdana Menteri lah yang memegang kunci pertama kepada pembubaran Parlimen dalam bentuk menghadap Raja bagi menasihati Baginda supaya membubarkan Parlimen.
- Tiada sesiapa pun diberi hak untuk berkongsi keistimewaan perlembagaan ini yang diberikan hanya kepada PM.
- Perlembagaan juga memperuntukkan Raja untuk sama ada memberi perkenan atau menolaknya.
- Tiada apa-apa pun yang bercanggah dengan perlembagaan atau derhaka dalam hal ini.
- Pembubaran Parlimen di Malaysia semuanya sebelum ini bermula dengan langkah pertama ini.

- Loke seterusnya berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berhubung pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum perdana menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
- Beliau harus mengkaji betul-betul kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan pada 30 Sep kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.
- Pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Maslan bukanlah mengenai tarikh tepat bila Parlimen akan dibubarkan mahupun bila PRU 15 akan diadakan.
- Itu hanya boleh dibuat selepas Raja memberi perkenan, dan sekiranya diberi perkenan, ia bukanlah untuk Ahmad Maslan mengumumkan.
- Apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan ialah Malaysia akan mengadakan PRU 15 sebaik sahaja PM Ismail bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.
- “Pembubaran parlimen akan dibuat tidak lama lagi dan pilihan raya umum akan diadakan tahun ini. PM akan membentangkan tarikh pembubaran kepada raja dalam masa terdekat,” katanya.
- “Ini selaras dengan pendirian Umno bahawa mandat harus dikembalikan kepada rakyat untuk menubuhkan kerajaan stabil berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akibat krisis dalaman sendiri pada 2020.”
- Ahli Parlimen Pontian itu berkata dengan konsensus Majlis Tertinggi Umno, jentera pilihan raya parti di seluruh negara telah diberitahu untuk bersiap sedia.
- Loke harus ambil perhatian Ahmad Maslan juga tidak mendedahkan tarikh bila PM akan bertemu Raja (maklumat ini hanya diketahui oleh PM), apatah lagi tarikh tepat yang PM rasa ia sesuai untuk pembubaran Parlimen atau PRU15 diadakan (sekali lagi maklumat yang hanya diketahui PM).
- Jadi mengapa menuduh Umno sebagai derhaka?
- Jika kita berdasarkan pada PRU yang lalu, sebaik sahaja Parlimen memasuki tahun keempat dari tarikh persidangan pertamanya, pilihan raya umum telah diadakan pada bila-bila masa dalam masa setahun lagi baki kewujudan Parlimen.
- PRU juga pernah diadakan selepas tiga tahun berlalu dari persidangan pertama Parlimen tetapi ini jarang berlaku. (Lihat Jadual 1 di bawah).

- Parlimen telah memasuki tahun keempat pada 16 Julai tahun ini, dan oleh itu sudah tiba masanya untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa dari sekarang hingga 16 Julai tahun depan kerana jika pilihan raya tidak diadakan, Parlimen akan terbubar secara automatik untuk pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.
- Namun, ia satu perkara lain jika Loke berpendapat mengadakan pilihan raya tahun ini (kurang dari tiga bulan sekarang ke tahun baru) bukanlah satu keputusan baik kerana musim tengkujuh di mana ancaman banjir besar seperti tahun lepas mungkin berlaku.
- Jika ini yang dimaksudkan, bukan sahaja Loke, malah beberapa anggota Kabinet dan sebahagian besar rakyat juga tidak mahu pilihan raya diadakan tahun ini atas alasan yang sama.
- Lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman masa lalu, PRU tidak pernah diadakan pada Oktober, November atau Disember kecuali pada 1990 dan 1999 apabila perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan PRU8 dan PRU10 masing-masing pada 21 Okt dan 29 Nov (lihat Jadual 1 di atas).
- Mahathir telah menjelaskan mengulangi perkara sama tahun ini boleh mengakibatkan korban jiwa akibat kesan perubahan iklim.
- “Negara sedang mengalami perubahan iklim yang menyebabkan bencana luar biasa sehingga rumah diliputi air.
- “Pada masa lalu, tiada masalah mengadakan pilihan raya pada hujung tahun. Banjir tetap berlaku tetapi ia tidak luar biasa. Tetapi jika anda mengadakan (pilihan raya) sekarang, mungkin rakyat akan terkorban kerana banjir,” katanya pada 20 Sep.
- Lantaran it, jangan lah terlalu mudah dan tidak bertanggunjawab menggunakan perkataan “derhaka”. Di Malaysia, pengkhianatan adalah antara beberapa jenayah yang boleh dijatuhi hukuman mati.
- Jika Umno derhaka, siapakah dalam Umno yang akan dihukum mati? Mungkin Loke boleh menjelaskan perkara ini.


- Di sesetengah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, pilihan raya mengejut (snap election) akan diadakan sekiranya parti politik yang memerintah berasa terdapat peluang luar biasa untuk memenangi pilihan raya atau sesuatu perkara mendesak perlu dihuraikan.
- Ini biarpun ketika itu pilihan raya tidak perlu diadakan berdasarkan undang-undang atau konvensyen.
- Memandangkan hak untuk mengadakan pilihan raya mengejut terletak pada parti yang memerintah, ia sering menyebabkan peningkatan majoriti bagi parti memerintah dengan syarat ia diadakan pada masa yang sangat bersesuaian untuk parti tersebut menang.
- Namun, pilihan raya mengejut juga boleh membawa mala petaka politik kepada parti memerintah kerana mengalami majoriti berkurangan atau kemenangan pembangkang membentuk kerajaan.
- Lantas, pilihan raya mengejut boleh ditakrifkan sebagai pilihan raya yang diadakan lebih awal daripada yang dijadualkan.
- Di Malaysia, berdasarkan pengalaman masa lalu, pilihan raya dijadualkan diadakan pada bila-bila masa selepas empat tahun berlalu sejak persidangan pertama parlimen.
- Kita kini mempunyai kurang setahun – sekitar sembilan bulan – untuk mengadakan pilihan raya, jadi untuk menyifatkan pilihan raya yang bakal diadakan kelak sebagai pilihan raya mengejut adalah tidak tepat.
- Ia adalah sesuatu yang dijadualkan bukan mengejut, tidak kira ia diadakan tahun ini atau tahun depan.
- Jadi ia adalah dalam rangka hak Umno terutamanya sebagai parti komponen dalam kerajaan gabungan untuk menuntut pilihan raya diadakan tahun ini.
- Umno telah mendesak untuk mengadakan pilihan raya mengejut sejak tahun lepas atas dua sebab: ia melihat peluang luas untuk menang BESAR berdasarkan kemenangannya dalam pilihan raya negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.
- Parti itu juga percaya pilihan raya mengejut akan membolehkan kerajaan yang stabil berkuasa semula.
- Dari perspektif sains politik, ini tidak mengapa dan tiada yang tidak senonoh mengenainya. Mana-mana parti politik dalam kedudukan Umno akan melakukan perkara yang sama.

- Pembangkang biasanya akan bersetuju dengannya melainkan ia tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya, di mana ia kemudian akan membuat kebisingan kecil.
- Bagaimanapun, bunyi bising kali ini bukan kecil tetapi sangat memekakkan telinga yang hanya memberi gambaran kuat bahawa pembangkang tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya tahun ini.
- Ini hanya akan menjadikan Umno sangat berkeras untuk mendesak pilihan raya tahun ini.
- Lebih-lebih lagi, kestabilan yang Umno mahukan melalui pilihan raya tahun ini menjadi lebih relevan kerana pembangkang sudahpun memikirkan idea untuk tidak mengundi Bajet 2023, yang hanya akan menyusahkan rakyat.
- Malah, ketidakstabilan sudah ada sebaik sahaja fasa untuk mengelak daripada mencetuskan PRU sebelum Julai dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan PH telah tamat pada 31 Julai.
- Tambahan pula, ketidakstabilan politik ini berlaku di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang disebabkan oleh perang Ukraine dan ketidaktentuan ekonomi global yang disebabkan oleh kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat, yang akan memburukkan keadaan menjadi lebih teruk.
- Jadi betul lah Umno mahu menghapuskan ketidakstabilan ini dengan mengadakan PRU15 secepat mungkin dalam tempoh setahun kewujudan Parlimen yang tinggal, yang kini telah menjadi sembilan bulan.
- Satu-satunya sebab seperti yang dinyatakan sebelum ini mengapa PRU15 tidak harus diadakan tahun ini ialah ancaman banjir besar akibat perubahan iklim.
- Tetapi mengetahui masalah sudah separuh penyelesaian. Jadi sekiranya PRU15 diadakan tahun ini, kerajaan mesti menggandakan usaha untuk mengurangkan kesan terburuk banjir besar.
- Anda tidak boleh mengelak banjir – besar atau kecil – terutamanya semasa musim tengkujuh tetapi anda pasti boleh mengurangkan kesan bahaya banjir besar ke atas nyawa dan harta benda.

- Dan sifat perubahan iklim adalah sedemikian rupa sehingga cuaca melampau akan berlaku dengan kerap tetapi sukar diramalkan.
- Banjir terburuk di Baling baru-baru ini berlaku di luar musim tengkujuh yang akan datang, jadi inilah yang dikatakan sukar untuk meramalkan kesan perubahan iklim.
- Kebanyakan pakar cuaca berkata masa terbaik mengadakan PRU15 adalah bermula dari Februari atau Mac dan seterusnya, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan dengan sifat perubahan iklim yang tidak menentu, tidak akan berlaku banjir besar selepas Februari atau Mac?
- Sekiranya PRU15 diadakan tahun ini dan katakan lah di hari mengundi berlaku banjir besar, situasi darurat sentiasa boleh diisytiharkan dan hari pengundian ditangguhkan ke tarikh kemudian.
- Terdapat sebab-sebab kukuh untuk PRU15 diadakan tahun ini, dan pada masa yang sama terdapat juga sebab-sebab yang sama kuat untuk ia diadakan tahun depan.
- Dalam keadaan sedemikian, tidak kira sama ada pilihan raya diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kita biarkan sajalah PM Ismail yang menentukan bila beliau mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen.
- Dan biarlah Agong yang memutuskan sama ada hendak memberi perkenan atau tidak. Walau apa pun keputusannya, rakyat harus dan mesti menerimanya!
Baca lebih lanjut mengenai gesaan Umno supaya PRU15 diadakan tahun ini, dan keengganan pembangkang untuk membenarkannya:
DAP sec-gen says Umno insistence on polls this year akin to ‘derhaka’ against Agong
PM to meet king soon on parliament dissolution, says Umno
Rafizi under fire over campaign plans during floods
Fitch Solutions: Status quo for M’sia’s political uncertainty until after GE15
Umno confident GE15 will be held between October and December
Climate change makes GE15 during monsoon a fatal affair, Dr M warns
Year-end not the right time to hold GE15: Experts
Proposing dissolution of Parliament is PM’s prerogative, says Ismail

Pada 1 Oktober, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata keengganan Umno untuk berganjak mengadakan pilihan raya tahun ini menunjukkan ia sengaja mengabaikan Perlembagaan Persekutuan, yang memberikan Yang Di-Pertuan Agong kuasa budi bicara berkaitan pilihan raya.
“Bukankah ini satu penderhakaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong?” tanya ahli parlimen Seremban itu dalam satu kenyataan.
Memetik Artikel 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan, Loke berkata ia jelas memberikan Yang di-Pertuan Agong kuasa untuk tidak membenarkan permintaan untuk membubarkan Parlimen.
Tiada siapa sebenarnya yang mempertikaikan peruntukan perlembagaan yang disebut oleh Loke itu, justeru amat pelik beliau mengetengahkan isu ini.
Beliau sebenarnya berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita bahawa Majlis Tertinggi Umno telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan naib presidennya dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong menasihati beliau untuk membubarkan Parlimen tidak lama lagi.
Bagi Loke, Majlis Tertinggi Umno telah menetapkan syarat untuk Raja dan mengabaikan kuasa budi bicara perlembagaan Raja.
Ini adalah satu keterlaluan dalam menyifatkan langkah Umno sebagai derhaka apabila parti itu semata-mata hanya mahukan satu muafakat di kalangan para pemimpin kanannya mengenai tarikh mengadakan PRU15.
Oleh kerana pembubaran Parlimen adalah satu kemestian sebelum pilihan raya boleh diadakan, Perdana Menteri perlu menghadap Raja untuk mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan badan perundangan itu.
Dalam mana-mana demokrasi berparlimen, Perdana Menteri lah yang memegang kunci pertama kepada pembubaran Parlimen dalam bentuk menghadap Raja bagi menasihati Baginda supaya membubarkan Parlimen.
Tiada sesiapa pun diberi hak untuk berkongsi keistimewaan perlembagaan ini yang diberikan hanya kepada PM. Perlembagaan juga memperuntukkan Raja untuk sama ada memberi perkenan atau menolaknya.
Tiada apa-apa pun yang bercanggah dengan perlembagaan atau derhaka dalam hal ini.
Pembubaran Parlimen di Malaysia semuanya sebelum ini bermula dengan langkah pertama ini.
Loke seterusnya berkata, tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berhubung pembubaran Parlimen dikeluarkan sebelum perdana menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau harus mengkaji betul-betul kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan pada 30 Sep kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno diadakan.
Pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Maslan bukanlah mengenai tarikh tepat bila Parlimen akan dibubarkan mahupun bila PRU 15 akan diadakan.
Itu hanya boleh dibuat selepas Raja memberi perkenan, dan sekiranya diberi perkanan, ia bukanlah untuk Ahmad Maslan mengumumkan.
Apa yang dikatakan oleh Ahmad Maslan ialah Malaysia akan mengadakan PRU 15 sebaik sahaja PM Ismail bertemu Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat.
“Pembubaran parlimen akan dibuat tidak lama lagi dan pilihan raya umum akan diadakan tahun ini. PM akan membentangkan tarikh pembubaran kepada raja dalam masa terdekat,” katanya.
“Ini selaras dengan pendirian Umno bahawa mandat harus dikembalikan kepada rakyat untuk menubuhkan kerajaan stabil berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan akibat krisis dalaman sendiri pada 2020.”
Ahli Parlimen Pontian itu berkata dengan konsensus Majlis Tertinggi Umno, jentera pilihan raya parti di seluruh negara telah diberitahu untuk bersiap sedia.
Loke harus ambil perhatian Ahmad Maslan juga tidak mendedahkan tarikh bila PM akan bertemu Raja (maklumat ini hanya diketahui oleh PM), apatah lagi tarikh tepat yang PM rasa ia sesuai untuk pembubaran Parlimen atau PRU15 diadakan (sekali lagi maklumat yang hanya diketahui PM).
Jadi mengapa menuduh Umno sebagai derhaka?
Jika kita berdasarkan pada PRU yang lalu, sebaik sahaja Parlimen memasuki tahun keempat dari tarikh persidangan pertamanya, pilihan raya umum telah diadakan pada bila-bila masa dalam masa setahun lagi baki kewujudan Parlimen.
PRU juga pernah diadakan selepas tiga tahun berlalu daripada persidangan pertama Parlimen tetapi ini jarang berlaku. (Lihat Jadual 1 di bawah).

Parlimen telah memasuki tahun keempat pada 16 Julai tahun ini, dan oleh itu sudah tiba masanya untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa dari sekarang hingga 16 Julai tahun depan kerana jika pilihan raya tidak diadakan, Parlimen akan terbubar secara automatik untuk pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu.
Namun, ia satu perkara lain jika Loke berpendapat mengadakan pilihan raya tahun ini (kurang dari tiga bulan sekarang ke tahun baru) bukanlah satu keputusan baik kerana musim tengkujuh di mana ancaman banjir besar seperti tahun lepas mungkin berlaku.
Jika ini yang dimaksudkan, bukan sahaja Loke, malah beberapa anggota Kabinet dan sebahagian besar rakyat juga tidak mahu pilihan raya diadakan tahun ini atas alasan yang sama.
Lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman masa lalu, PRU tidak pernah diadakan pada Oktober, November atau Disember kecuali pada 1990 dan 1999 apabila perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, memanggil PRU8 dan PRU10 masing-masing pada 21 Okt dan 29 Nov (lihat Jadual 1 di atas).
Mahathir telah menjelaskan mengulangi perkara sama tahun ini boleh mengakibatkan korban jiwa akibat kesan perubahan iklim.
“Negara sedang mengalami perubahan iklim yang menyebabkan bencana luar biasa sehingga rumah diliputi air.
“Pada masa lalu, tiada masalah mengadakan pilihan raya pada hujung tahun. Banjir tetap berlaku tetapi ia tidak luar biasa. Tetapi jika anda mengadakan (pilihan raya) sekarang, mungkin rakyat akan terkorban kerana banjir,” katanya pada 20 Sep.
Lantaran itu, jangan lah terlalu mudah dan tidak bertanggunjawab menggunakan perkataan “derhaka”. Di Malaysia, pengkhianatan adalah antara beberapa jenayah yang boleh dijatuhi hukuman mati.
Jika Umno derhaka, siapakah dalam Umno yang akan dihukum mati? Mungkin Loke boleh menjelaskan perkara ini.
Di sesetengah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, pilihan raya mengejut (snap election) akan diadakan sekiranya parti politik yang memerintah berasa terdapat peluang luar biasa untuk memenangi pilihan raya atau sesuatu perkara mendesak perlu dihuraikan.

Ini biarpun ketika itu pilihan raya tidak perlu diadakan berdasarkan undang-undang atau konvensyen.
Memandangkan hak untuk mengadakan pilihan raya mengejut terletak pada parti yang memerintah, ia sering menyebabkan peningkatan majoriti bagi parti memerintah dengan syarat ia diadakan pada masa yang sangat bersesuaian untuk parti tersebut menang.
Namun, pilihan raya mengejut juga boleh membawa mala petaka politik kepada parti memerintah kerana mengalami majoriti berkurangan atau kemenangan pembangkang membentuk kerajaan.
Lantas, pilihan raya mengejut boleh ditakrifkan sebagai pilihan raya yang diadakan lebih awal daripada yang dijadualkan.
Di Malaysia, berdasarkan pengalaman masa lalu, pilihan raya dijadualkan diadakan pada bila-bila masa selepas empat tahun berlalu sejak persidangan pertama parlimen.
Kita kini mempunyai kurang setahun – sekitar sembilan bulan – untuk mengadakan pilihan raya, jadi untuk menyifatkan pilihan raya yang bakal diadakan kelak sebagai pilihan raya mengejut adalah tidak tepat.
Ia adalah sesuatu yang dijadualkan bukan mengejut, tidak kira ia diadakan tahun ini atau tahun depan.
Jadi ia adalah dalam rangka hak Umno terutamanya sebagai parti komponen dalam kerajaan gabungan untuk menuntut pilihan raya diadakan tahun ini.
Umno telah mendesak untuk mengadakan pilihan raya mengejut sejak tahun lepas atas dua sebab: ia melihat peluang luas untuk menang BESAR berdasarkan kemenangannya dalam pilihan raya negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.
Parti itu juga percaya pilihan raya mengejut akan membolehkan kerajaan yang stabil berkuasa semula.
Dari perspektif sains politik, ini tidak mengapa dan tiada yang tidak senonoh di dalamnya. Mana-mana parti politik dalam kedudukan Umno akan melakukan perkara yang sama.
Pembangkang biasanya akan bersetuju dengannya melainkan ia tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya, di mana ia kemudian akan membuat kebisingan kecil.

Bagaimanapun, bunyi bising kali ini bukan kecil tetapi sangat memekakkan telinga yang hanya memberi gambaran kuat bahawa pembangkang tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya tahun ini.
Ini hanya akan menjadikan Umno sangat berkeras untuk mendesak pilihan raya tahun ini.
Lebih-lebih lagi, kestabilan yang Umno mahukan melalui pilihan raya tahun ini menjadi lebih relevan kerana pembangkang sudahpun memikirkan idea untuk tidak mengundi Bajet 2023, yang hanya akan menyusahkan rakyat.
Malah, ketidakstabilan sudah ada sebaik sahaja fasa untuk mengelak daripada mencetuskan PRU sebelum Julai dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dengan PH telah tamat pada 31 Julai.
Tambahan pula, ketidakstabilan politik ini berlaku di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik yang disebabkan oleh perang Ukraine dan ketidaktentuan ekonomi global yang disebabkan oleh kenaikan kadar faedah oleh Amerika Syarikat, yang akan memburukkan keadaan menjadi lebih teruk.
Jadi betul lah Umno mahu menghapuskan ketidakstabilan ini dengan mengadakan PRU15 secepat mungkin dalam tempoh setahun kewujudan Parlimen yang tinggal, yang kini telah menjadi sembilan bulan.
Satu-satunya sebab seperti yang dinyatakan sebelum ini mengapa PRU15 tidak harus diadakan tahun ini ialah ancaman banjir besar akibat perubahan iklim.
Tetapi mengetahui masalah sudah separuh penyelesaian. Jadi sekiranya PRU15 diadakan tahun ini, kerajaan mesti menggandakan usaha untuk mengurangkan kesan terburuk banjir besar.
Anda tidak boleh mengelak banjir – besar atau kecil – terutamanya semasa musim tengkujuh tetapi anda pasti boleh mengurangkan kesan bahaya banjir besar ke atas nyawa dan harta benda.
Dan sifat perubahan iklim adalah sedemikian rupa sehingga cuaca melampau akan berlaku dengan kerap tetapi sukar diramalkan.

Banjir terburuk di Baling baru-baru ini berlaku di luar musim tengkujuh yang akan datang, jadi inilah yang dikatakan sukar untuk meramalkan kesan perubahan iklim.
Kebanyakan pakar cuaca berkata masa terbaik mengadakan PRU15 adalah bermula dari Februari atau Mac dan seterusnya, tetapi bolehkah mereka memberi jaminan dengan sifat perubahan iklim yang tidak menentu, tidak akan berlaku banjir besar selepas Februari atau Mac?
Sekiranya PRU15 diadakan tahun ini dan katakan lah di hari mengundi berlaku banjir besar, situasi darurat sentiasa boleh diisytiharkan dan hari pengundian ditangguhkan ke tarikh kemudian.
Terdapat sebab-sebab kukuh untuk PRU15 diadakan tahun ini, dan pada masa yang sama terdapat juga sebab-sebab yang sama kuat untuk ia diadakan tahun depan.
Dalam keadaan sedemikian, tidak kira sama ada pilihan raya diadakan pada tahun ini atau tahun depan, kita biarkan sajalah PM Ismail yang menentukan bila beliau mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen.
Dan biarlah Agong yang memutuskan sama ada hendak memberi perkenan atau tidak. Walau apa pun keputusannya, rakyat harus dan mesti menerimanya!
Salam,
Jamari Mohtar
Editor, Jom Sembang!
Catatan Terkini
- Vol 2 No 27: Identity politics to the fore as Malaysia comes to grip with election fever [PDF]
- Vol 2 No 28: The day a woman of substance checkmated Najib and his counsel’s legal manoeuvres [PDF]
- Vol 2 No 29: What lies ahead for Najib? [PDF]
- Vol 2 No 30: The wrong slant in the ringgit debate [PDF]
- Vol 2 No 31: The world at a crossroads [PDF]
- Vol 2 No 32: Holding GE15 this year equivalent to derhaka is stretching things too far [PDF